Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-5137-56-3
Tarikh Terbit: 26 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 224
Kategori: Islam, Gaya Hidup, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Pendahuluan
Antara Politik, Negara dan Agama
Negara Islam
Panduan Asas bagi Setiap Pemerintah
Matlamat Negara Islam
Prinsip-Prinsip Amali dalam Negara Islam
Ketua Negara Islam
Sejarah Pelantikan Ketua Negara
Bai’ah
Ahlul Halli Wal Aqdi
Kewajipan dan Tanggungjawab
Prinsip Kehakiman Islam
Kerakyatan
Al-Kharaj
Islam dan Hubungan Antarabangsa
Penutup
Bible menyebut, "Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan."
Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara. Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.
Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?
Buku 'Bagaimana Islam Memerintah Negara' mengupas secara jelas konsep dan bagaiaman aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh ulama, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan bekas Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999-2004. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampung Marang, Terengganu.
Beliau mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejak ke Sekolah Agama Marang. Selepas tamat pengajian di sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau juga mendapat pendidikan agama, Bahasa Arab dan politik daripada ayahnya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan memperolehi ijazah B.A Syariah seterusnya ijazah M.A di Universiti al-Azhar, Mesir.
Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet