Harga: RM 13.50 / RM RM 15.50
ISBN-13: 978-967-5137-58-7
Tarikh Terbit: 11 Sep 2009
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Kanak-Kanak, Young Aisyah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
1. Ramadhan sudah Tiba 2. Aduhai Perutku 3. Kad Raya Buat Sahabat 4. Memberi itu Lebih Baik 5.Seronoknya Hendak Raya
Bulan puasa akan menjelang tidak lama lagi. Aisyah Sofia dan Geng Aa-Syik tidak sabar menunggu untuk berpuasa. Apabila tiba bulan Ramadan, Abu dan Ali didapati tidak berpuasa beberapa hari? Mengapa mereka tidak berpuasa? Pada suatu hari, Aisyah ternampak Abu makan disebalik pokok. Manakala Ali pula tertangkap oleh gurunya kerana minum air di bilik air. Aisyah pula? Adakah Aisyah berjaya puasa sebulan pada bulan Ramadan kali ini atau dia juga ponteng puasa? Apakah persiapan Aisyah Sofia dan Geng Aa-Syik sempena menyambut Hari Raya nanti? Sama-samalah kita baca kesudahan cerita ini dalam buku Young Aisyah: Ponteng Puasa. Selain itu, terdapat stiker doa-doa yang adik-adik boleh amalkan dalam bulan Ramadan nanti.
Saridah Hamid adalah anak jati Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 9 Februari 1964. Bersekolah rendah di SR Jalan Bangsar, SM Sri Pantai, Kerinchi, KL dan Sek. Men. Methodist Boys School, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan terakhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Media dan Komunikasi Massa (Kewartawanan). Pernah bertugas sebagai wartawan majalah dan akhbar tabloid. Juga terlibat sebagai penolong penerbit, Unit Ehwal Semasa TV, RTM. Kini bekerja secara bebas sebagai editor.
Mula menulis sejak 1990 dalam menghasilkan artikel, rencana, wawancara, puisi, cerpen dan juga skrip program TV. Pernah menghasilkan buku adaptasi yang bertajuk, Selembut Bicara, Bahtera Nabi Nuh dan 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga bersama PTS Islamika.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet