Lukisan Jiwa

oleh Mardihah Adam

Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-983-3892-49-5
Tarikh Terbit: 9 Sep 2009
Jumlah Muka Surat : 392

Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Islami

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Sinopsis

Nur Cahaya mahu melukis jiwa dengan sederhana, namun manis. Namun hal yang sederhana itu, tidak mudah untuk melakukan semua itu pada saat hidupnya didatangkan ujian hidup yang mencurah bagaikan hujan. Nur Cahaya tahu, selepas hujan, pasti Tuhan mendatangkan pelangi, namun, hujan itu tetap juga sampai ke petang. Lalu, mampukah Nur Cahaya terus menunggu, hingga hujan berhenti, ataupun tetap melukis jiwanya dalam hujan yang tidak kunjung reda.

Info Penulis

Nor Hartini Mohd Tamin, dilahirkan pada 04 Julai 1983. Berasal dari Masjid Tanah Melaka dan berpendidikan dalam Perakaunan. Bekerja di salah sebuah badan berkanun. Menggunakan nama pena sebagai Mardihah Adam, meminati genre islamik, puisi dan mengangkat tema muslimah dalam karyanya. Dari hobi, menulis kini menjadi rutin hariannya sehingga novel ini berjaya disiapkan dan kini sedang menulis novel keduanya. Mardihah Adam adalah nama pena yang mewakili seorang wanita dan seorang lelaki. ‘Ia akan mendewasakan saya untuk mengangkat kaum Hawa dan Adam dalam setiap penulisan. Saya percaya, kerana cinta itu diciptakan untuk setiap manusia yang bergelar wanita dan lelaki. Mardihah Adam akan menyusuri perjalanan setiap insan bernyawa!’

Buku lain oleh penulis ini

  • Lukisan Jiwa
    RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-49-5
    Tarikh Terbit: 09 Sep 2009
  • Andai Gerimis Berhenti
    RM 17.50 / RM 19.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5783-19-7
    Tarikh Terbit: 29 Oct 2010
  • Dan Gerimis Berbisik
    RM 18 / RM 20 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5783-93-7
    Tarikh Terbit: 12 Jul 2011

Temubual bersama penulis