Harga: RM 30.00 / RM 33.00
ISBN-13: 978-983-3604-05-0
ISBN-10: 983-3604-05-6
Tarikh Terbit: 17 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 312
Kategori: Bahasa
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
BAHAGIAN 1: Peraturan dan Seni Membawakan Majlis Rasmi
Fungsi Bahasa Berirama
Prasyarat Kejayaan sebagai Pembawa Majlis Rasmi
Peraturan Memilih Pakaian
Fungsi Skrip
Prinsip Menulis Skrip
Teknik Membacakan Skrip
Persiapan Akhir
Latihan Teknik Membacakan Skrip
Teknik Membawakan Majlis
Peraturan Sosiobudaya dan Sosiolinguistik Melayu
Peraturan Sosiolinguistik Penggunaan Kata Ganti Nama Melayu
Kesilapan Pembawa Majlis Amatur
Panduan Memilih Pembawa Majlis Persandingan Melayu
Tanggungjawab Pembawa Majlis Persandingan Melayu
Pantang Larang Semasa Membawakan Majlis Persandingan Melayu
Peraturan Membahasakan Rakan Setugas
Peraturan Menggunakan Gaya Bahasa Mesra Kekeluargaan dan Gaya Bahasa Kampung
Peraturan Menggunakan Panggilan Rasmi dan Mulia dalam Majlis Persandingan Melayu
BAHAGIAN 2: Gurindam untuk Majlis Pertunangan
Hajat Besar
Memuji-muji Gadis yang Dipinang
Meminang Anak Orang Kenamaan
Meminang Anak Orang Besar
Meminang Gadis Terpelajar
Membalas Pujian dengan Pujian
Merendah Diri kepada Orang Kecil
BAHAGIAN 3: Gurindam untuk Majlis Persandingan
Adat Berinai dan Persandingan Melayu
Mempersilakan Pengantin Naik Pelamin
Memuji Pengantin di atas Pelamin
Terima Kasih atas Sumbangan
Menghargai Tetamu Jemputan
Sila Makan
Selepas Makan
Terima Kasih kepada Para Penanggah
Meminta Maaf atas Kekurangan
Datang Lagi
Sabar Menunggu
Nasihat untuk Pengantin Baru
Jodoh Baru Lebih Baik
Ucapan Ayahanda Pengantin
BAHAGIAN 4: Gurindam Tiada Jodoh
Memutuskan Tali Pertunangan
Rujuk
Memujuk Isteri yang Lari
BAHAGIAN 5: Gurindam untuk Persidangan
Sila Ambil Tempat Duduk
Sila Masuk ke Dalam Dewan
Minta Diam
Tutup Telefon
Tempat Duduk Diasingkan
Petugas Ambil Tempat
Penuhkan Kerusi di Hadapan
Mengumumkan Ketibaan Pembesar
Memulakan Acara
Menyampaikan Cendera Mata
Mengumumkan Perubahan Jadual
Soalan Biar Pendek
Satu Orang Satu Soalan
Meja Makan Khas untuk VIP
Meja Bufet Lelaki dan Wanita
Mengalihkan Kereta
Sesi Bergambar
Jangan Bawa Budak
Acara Malam
Jadual Naik Bas
Jangan Berebut-rebut
Jangan Termakan Orang Punya
Menutup Acara
Pembahagian Tugas
Menghargai Para Penyumbang
Menyampaikan Sijil Kursus
Cendera Mata Hotel
Bil-bil Hotel
Penghujung Acara
BAHAGIAN 6: Gurindam Puji-pujian dan Alu-aluan
Mengalu-alukan dan Memuji-muji Pemimpin Politik
Mengalu-alukan Ketibaan Pembesar Perempuan
Mengalu-alukan Ketibaan Pembesar Perempuan Cendekiawan
Memuji-muji Ibu Mithali
Memuji-muji Ketua Baru
Memuji-muji Ketua yang Garang
Memuji-muji Pekerja yang Baik
Memuji-muji Orang Bijaksana
Memuji-muji Orang Budiman
Memuji-muji Orang yang Pandai Melaksanakan Tugas
BAHAGIAN 7: Gurindam untuk Majlis Perpisahan
Selamat Tinggal
Selamat Jalan
Selamat Bersara
Menghargai Orang yang akan Pergi
Mengenang Budi
BAHAGIAN 8: Pelbagai Gurindam
Belajar
Menuntut Ilmu
Mengusahakan yang Baik
Mengharapkan Hasil yang Baik
Berkongsi Nasib
Setia Kawan
Kalah dan Menang
Tekun dan Cekal
Gunakan Alat yang Betul
Kena pada Tempatnya
Tidak Kena pada Tempatnya
Mengharapkan Perkara Mustahil
Penawar
Perbuatan Bodoh
Tuah Badan
Memburukkan Lagi Keadaan
Kena pada Masanya
Serba Salah
Tugas Susah
Salah Meletakkan Kepercayaan
Dikhianati
Kerja Sia-sia
Meminta Sumbangan
Minta Lagi
Jawapan kepada yang Meminta Lagi
Konvokesyen
Memanfaatkan Sifat
Mengharapkan Penerimaan
Cabaran
Sama-sama Hebat
BAHAGIAN 9: Mantera Motivasi
Mencari Rezeki
Menuntut Ilmu
Mengembara
Berani Menentang Musuh
Belayar
Berenang
Mendaki Gunung
BAHAGIAN 10: Pepatah-petitih
Pepatah-petitih
Seni membawa acara majlis adalah suatu kemahiran, oleh itu seseorang pembawa acara majlis memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi dan berbahasa. Salah satu kemahiran yang mesti dimiliki oleh pembawa majlis adalah kemahiran menggunakan bahasa berirama iaitu salah satu seni bahasa ungkapan tradisional.
Abdullah Hassan, B.A., M.A. (Mal.), Ph.D. (Edin.) Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris Lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Semanggol dan Teluk Intan, dan menengah di STAR Ipoh. Beliau mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang Linguistik dari University of Edinburgh, Scotland (1972); dan M.A. (1969), B.A. (1967) dalam Linguistik Pengajian Melayu dari Universiti Malaya. Dr. Abdullah memulakan kerjaya akademiknya di Bahagian Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada bulan Mei 1972. Beliau berkhidmat di USM selama 25 tahun (Mei 72 - Mac 1997). Jawatan terakhir beliau di USM ialah Profesor Bahasa Melayu. Kemudian beliau menjadi Profesor Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur selama 4 tahun, (Julai 1997 - Jun 2001). Sekarang beliau memegang jawatan Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi di Fakulti Bahasa, UPSI, sejak Julai 2001. Bidang pengajaran dan penyelidikan beliau ialah:
Beliau pernah mendapat penghormatan anatarabangsa apabila diberi Zamalah Fullbright-Hays sebagai profesor kunjungan di Universiti California, Berkeley (1979, pensyarah perunding untuk terjemahan di Regional Language Centre, Singapura (1980) dan pemegang ke-4 Kerusi Tun Razak, di Universiti Ohio, Athens, AS, (1997-1999). Beliau telah menulis 27 buah buku mengenai bahasa, tatabahasa dan linguistik, dan menterjemah 11 buah buku. Di samping itu, bersama isteri beliau Ainon Mohd. Mereka telah menghasilkan 10 buku (berfikir), 8 (komunikasi), dan 10 (kamus).
Dalam perjuangan bahasa Melayu, beliau memperjuangkan bahasa Melayu, terutamanya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran. Dr. Abdullah adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, dan Sahabat Alam Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia. Beliau dan isterinya, Ainon Mohd., tinggal di Janda Baik. Di samping berkarya, mereka memberi khidmat kepada tiga projek amal di kampung tempat mereka tinggal, iaitu

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.
Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet