Harga: RM 19.50 / RM 21.50
ISBN-13: 978-983-3604-30-2
ISBN-10: 983-3604-30-7
Tarikh Terbit: 16 Feb 2009
Jumlah Muka Surat : 304
Kategori: Islam, Keluarga, Perhubungan, Perkahwinan
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Berkongsi Cerita Bersama Kami
Pembuka Bicara Hati
Bahagian 1: Syurga Dunia Alam Perkahwinan
Bahagian 2: Tingkah Lelaki Moden Mencari Cinta
Bahagian 3: Sandaran Bahagia
Bahagian 4: Layanan Istimewa Buat Bernama Suami
Bahagian 5: Indah di Mata Dekat di Hati
Bahagian 6: Punca Si Dia Berjauh Hati
Bahagian 7: Rumah Itu Syurga Kita
Bahagian 8: Corak Warna Iman pada Kain Putih
Bahagian 9: Kita Saudara Dua Dunia
Bahagian 10: Kisah Terindah Buat Hati
Bahagian 11: Wahai Tuhan Dengarkanlah
Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengk hususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.
"Apabila kita menulis, berani berangan-angan dan penuhi impian itu. Mulakan dengan apa di tangan."
Imran Yusuf adalah anak kelahiran Kelantan.
Pernah menuntut di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja.
Kemudian berkelana di United Kingdom untuk singgah sejenak di Newark Technical College. Berpindah pula ke Hatfield Polytechnic, yang kini dikenali sebagai Hertfordshire University. Pulang dengan menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.
Berkarya sebagai hobi dan sesudah diperkenalkan kepada penerbit PTS, beliau dilatih oleh Puan Ainon Mohd.
Kini, di samping bertugas di sebuah syarikat perkapalan swasta di ibu negara dalam bidang teknologi maklumat, beliau juga berkarya dan menterjemah.
Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang),
Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.
Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).
Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah:
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan
Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).
Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).
Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah:
The Psychology of Selling (2008) dan
The Art of Closing The Sale (2009).
Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya:
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008),
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet