Harga: RM 5.90 / RM 6.90
ISBN-13: 978-967-5137-15-0
Tarikh Terbit: 26 Sep 2008
Jumlah Muka Surat : 64
Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Sejarah, Islam
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Bab 1: Latar Belakang Nabi Muhammad
Bab 2: Nabi Muhammad Sebagai Nabi di Mekah
Bab 3: Nabi Muhammad Berpindah
Bab 4: Peristiwa Selepas Nabi Muhammad Berpindah
Bab 5: Keluarga Nabi Muhammad
Bab 6: Nabi Muhammad Orangnya
Buku Siapa Muhammad bin Abdullah mengisahkah tokoh paling berpengaruh menurut buku The 100: A Ranking of The Most Influential Persons in History. Kenali Nabi Muhammad sebagai Utusan Tuhan yang terakhir dan penghulu semua utusan Tuhan. Peribadi beliau dipuji Tuhan di dalam al-Quran dan umatnya menggelarnya sebagai ‘Al-Quran Berjalan’. Berbanding dengan buku-buku sejarah yang lain, buku poket ini memaparkan profil Muhammad bin Abdullah secara ringkas dan padat. Diolah dengan bahasa moden dan disusun mengikut kronologi sejarah supaya lebih mudah difahami.

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.
Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet