Rahsia Buat Duit dengan Ebay

oleh Azahar Abdul Rahman

Harga: RM 25.00 / RM RM28.00
ISBN-13: 978-983-3586-55-4
Tarikh Terbit: 27 Dec 2007
Jumlah Muka Surat : 240

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Pemasaran

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

BAHAGIAN PERTAMA: BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET ANDA.

Bab 1 Pengenalan

Bab 2 Menceburi Perniagaan Internet

Bab 3 Langkah langkah Memulakan Perniagaan Internet

 

BAHAGIAN KEDUA: RAHSIA BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET

Bab 4 Mulakan Perniagaan Tanpa Laman Web Sendiri

Bab 5 Apa itu eBay?

Bab 6 Bagaimana Mendaftar di eBay?

Bab 7 Maklumat Kad Kredit Anda

Bab 8 Sign in dan Sign Out

Bab 9 Cara Pembayaran

Bab 10 Bank Transfer

Bab 11 PayPal

Bab 12 Bagaimana Menggunakan Paypal

Bab 13 Menerima Bayaran

Bab 14 Membuat Pembayaran

Bab 15 Tip Dan Strategi Bagi Jualan Di Internet

Bab 16 Jual Produk Anda

Bab 17 Memulakan Aktiviti Jualan Anda

Bab 18 Menyenaraikan Produk Anda – Langkah demi langkah

Bab 19 Lelongan Berganda

Bab 20 Membuat Pindaan Berkenaan Produk Anda

Bab 21 Produk Anda Berjaya dijual – Langkah-langkah Yang Anda Perlu Lakukan

Bab 22 Pembeli Palsu

Bab 23 Produk Anda Tidak Terjual

Bab 24 Strategi Membida

Bab 25 Membeli Produk di eBay

Bab 26 Barangan Yang Tidak Boleh Dibeli

Bab 27 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Membeli Barangan

Bab 28 Bagaimana Membuat Pembelian

Bab 29 Anda Berjaya Membeli

Bab 30 Membuat Pembayaran

Bab 31 Feedback dan Kesannya

Bab 32 Barangan Anda Beli Rosak Atau Tidak Sampai

Bab 33 Komuniti eBay

Bab 34 Pengetahuan di eBay

 

BAHAGIAN KETIGA: PENUTUP

Bab 35 Tip Untuk Menyediakan Jadual Kerja Anda

Bab 36 Tip untuk kejayaan

Bab 37 Lain lain Cara Menjana Pendapatan Tanpa Laman Web

Sinopsis

Setiap hari pengguna internet di seluruh dunia semakin bertambah dan pengetahuan berkenaan internet sebagai medium membeli dan menjual barang juga bertambah baik. Bisnes internet mendapat perhatian daripada penjual dan pembeli di USA, Eropah, United Kingdom dan negara maju yang lain.

Sebagai pasaraya virtual, eBay memberi peluang kepada penjual memasarkan produk mereka ke serata dunia. Pembeli pula mempunyai pilihan barangan dan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran.

Melalui buku ini anda akan didedahkan dengan:

  • Car membuka dan mengurus akaun eBay
  • MEmahami proses pembidaan dan bayaran
  • Menggunakan emel bagi memberi maklum balas kepada pembeli
  • menyedia data pelanggan
  • Sistem onliine banking
  • Mengenal pasti produk yang mendapat sambutan


Azahar Abdul Rahman adalah usahawan internet yang menggunakan eBay sebagai medium kepada syarikat beliau Artmand Corporation Sdn. Bhd (www.artmand.com). Melalui eBay penulis menjual produk dengan menggunakan nama MEME9926.

Beliau memperoleh pendidikan dalam bidang Diploma Perakaunan dari UiTM Shah Alam dan Chartered Associaton of Certified Accountant dari Thames Valley University, London.

 

Info Penulis

Sekembali dari luar negara beliau kembali berkhidmat bersama Mesiniaga Sdn Bhd (sole agent and disbributor) untuk IBM Malaysia. Di sini beliau didedahkan dengan dunia komputer dan internet. Minat pada komputer dan bisnes internet menyebabkan beliau sering menggunakan masa terluang menerokai bidang itu.


Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat D-Men Resources (M) Sdn Bhd, (DRSB) pada tahun 2001 yang terlibat dengan bidang pendidikan di peringkat sarjana. Melalui DRSB, penulis menawarkan prasarana untuk Universiti Utara Malaysia di kampus milik DRSB yang dikenali sebagai Kampus Kulim menggantikan Kampus UUM Sungai Petani, Kedah.


Memandangkan keperluan bidang latihan dan kursus luaran yang mendapat permintaan yang tinggi,  Penulis kemudian menubuhkan KIC Management Sdn Bhd yang mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menawarkan kursus-kursus Diploma Eksekutif dan juga dengan Space, Universiti Teknologi Malaysia bagi kursus kursus jangka pendek.


Minat mendalam terhadap bidang internet menyebabkan beliau banyak membaca buku buku berkaitan bisnes di internet yang ditulis oleh mereka mereka yang berjaya dalam bisnes internet antara yang terkenal seperti:

  1. Corey Ruld

  2. Rosalind Gardner





Ia mendorong penulis menerokai bidang bisnes internet secara serius. Beliau kemudian menubuhkan Artmand Corporation Sdn Bhd yang mengendalikan bisnes beliau di internet serta menjadi reseller kepada syarikat webhosting Emerge System (M) Sdn Bhd.


Melalui kaedah kaedah yang dicuba dan terbukti berjaya menghasilkan pendapatan kepada beliau, beliau menulis sebuah buku yang memberikan penerangan secara terperici supaya dijadikan panduan kepada mereka yang berminat menceburi bisnes di internet.


Buku lain oleh penulis ini

  • Rahsia Buat Duit dengan Ebay
    RM 25.00 / RM RM28.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-55-4
    Tarikh Terbit: 27 Dec 2007
  • Bisnes Internet: Bina.Upload.Urus
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-37-3
    Tarikh Terbit: 23 Apr 2009
  • Buat Duit dengan Affiliate
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-38-0
    Tarikh Terbit: 30 Apr 2009

Temubual bersama penulis