Harga: RM 17.00 / RM RM20.00
ISBN-13: 978-983-3586-40-0
Tarikh Terbit: 19 Nov 2007
Jumlah Muka Surat : 146
Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Minda, Motivasi & Inspirasi, Bisnes & Pengurusan, Bisnes & Pengurusan Umum, Keusahawanan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Kandungan
Pendahuluan
Bab 1
Bukti Dunia Ini Penuh Wang
Bab 2
Wang Tersembunyi
Bab 3
Wang di Sekeliling
Bab 4
Penting Bukan Utama
Bab 5
Pelbagai Cara Mencari Wang
Bab 6
Kualiti Sebelum Wang
Bab 7
Konsep Penyedut Hampagas
Bab 8
Menanam Pokok Wang
Bab 9
Ajaibnya Piramid
Bab 10
Sandang Pangan
Bab 11
Rahsia Suami Beristeri Lima
Bab 12
Melihat yang Belum Wujud
Bab 13
Beri Tumpuan
Bab 14
Apabila Pintu Dibuka
Bab 15
Tragedi Kondominium Tumbang
Penutup
Indeks
Mudahkah hendak mendapatkan wang yang tersedia? Lebih mudah daripada mencari perkara yang belum tentu. Anda hanya mendapatkan apa yang tersedia. Sesungguh-nya anda tidak perlu bersusah payah mencari perkara yang tidak pasti. Anda mendapatkan perkara yang pasti iaitu wang yang tersedia di sekeliling anda.
Sekali lagi, mudahkah mendapatkan wang yang pasti berada di sekeliling anda itu? Jawapannya anda tahu tidak ada perkara mudah di dunia ini. Mudah di sini bukan ber-makna anda duduk-duduk dan wang datang ke sisi anda. Apabila mendapatkan wang adalah mudah tentulah tidak ada orang miskin di dunia ini. Tentu anda tidak terdengar orang yang keluh-kesah kerana wang.
Memulakan karier sebagai penulis sejak 1988, Razzi Armansur mula dikenali sebagai penulis best-seller sejak 1990. Buku pertama beliau berjudul “Rahsia Dari Damansara” yang diterbitkan sendiri pada tahun 1988. Buku tersebut terjual dengan larisnya dan dikatakan telah membantu puluhan ribu pembacanya memperolehi kebebasan kewangan berpandukan rahsia dan panduan penting dari dalam buku tersebut.
Pada tahun 1994 seorang usahawan MLM meminta beliau menulis buku panduan untuk usahawan MLM di Malaysia. Pada masa itu industri MLM sedang berkembang pesat. Razzi Armansur membuat kajian yang mendalam tentang industri MLM termasuklah menghadiri ratusan mesyuarat MLM, seminar, kursus, perbincangan, juga menganalisis buku-buku dari luar negara. Hasilnya ialah buku “Membina Masa Depan Melalui MLM” yang serta-merta menjadi best-seller dan berterusan diulang cetak sejak dari tahun tersebut hingga kini, diterbitkan oleh beberapa penerbit. Sejak dari itu juga berderet-deret buku Razzi Armansur mengenai MLM berada di pasaran. Tidak ketinggalan, di antaranya ialah buku-buku inspirasi seperti “Hidup Untuk Menang”, kesemuanya lebih kurang 20 judul telah diterbitkan sejak 1994.
Mulai dari tahun 2003, Razzi Armansur beralih ke bidang portal komuniti siber. Beliau bersama rakan karibnya menubuhkan Ukhwah.com, Hanan.com.my, Bicarasiswa.com, Celikit.com, Cyberjawa.com yang mendapat sambutan begitu hebat. Ukhwah.com misalnya berjaya membina komuniti, menghimpunkan lebih 30,000 ahli (2006) dari seluruh dunia berinteraksi secara online dan offline.
Pada tahun 2006, setelah menjalin kerjasama dengan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, kerana begitu tertarik dengan sistem penerbitan dan pengedaran PTS, kesemua buku-buku best-seller Razzi Armansur diterbitkan semula oleh Walasri Dotcom dengan pengedaran eksklusif oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebahagian lagi buku-buku beliau diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet