


































































































Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.
Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.
Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.
Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.
Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.
Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.
Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.
Memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qaira dan Puteri Humaira yang akan menjadi teman dan menceriakan hidup adik-adik sepanjang tahun ini. Ikuti lima kisah menarik di bawah satu tema iaitu persahabatan.
Puteri Arabella, puteri yang terpaksa bertukar ke sekolah biasa atas arahan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa mengharungi hidup berkawan dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar sekolah itu.
Puteri Dian Adelia, tidak disukai rakan-rakan lain kerana perangainya yang pelik. Namun, kemunculan rakan baharu membuatkan Dian Adelia tidak kesunyian lagi.
Puteri Farisya, suka berdamping dengan rakan-rakan baharunya. Sanggup menempuh hidup di dunia luar dari istana semata-mata mahu mengecapi nikmatnya berkawan.
Puteri Qaira, bermasalah dalam berkomunikasi di hadapan pelajar lain. Ujian demi ujian yang datang akhirnya Qaira berjaya melakukan yang terbaik.
Puteri Humaira, mempunyai rakan-rakan tumbuhan yang menjadi teman hidupnya.
Memaparkan 33 kisah sejarah penuh dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak.
1. Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syahrul Bariyah
2. Negeri di Bawah Laut
3. Tiga Bersaudara di Gunung Mahameru
4. Wan Sendari dan Sang Sapurba
5. Ular Saktimura
6. Asal Singapura
7. Orang Gagah dari Saluang
8. Badang Mengalahkan Nadi Bajaya Pikrama
9. Badang dan Benderang
10. Asal Samudera
11. Asal Pasai
12. Asal Melaka
13. Sang Rajuna Tapa
14. Darahnya Titik di Singapura
15. Puteri yang Ghaib
16. Hidup Bersama Mati Berdua
17. Kubu Batang Pisang
18. Orang Melaka di Negara China
19. Maulana Jaladud Din
20. Gara-gara Orang Melaka di Majapahit
21. Hang Tuah Masih Hidup
22. Maafkan Aku, Kasturi
23. Seolah-olah Orang Mati Hidup Kembali
24. Raja Gembala Ayam
25. Kerana Bola Raga Mahkota Padahnya
26. Semerluki
27. Lepas Jambatan Buang Tongkat
28. Nasib Si Pencuri
29. Tun Teja
30. Raja Zainal
31. Ikatan yang Kukuh
32. Pantang Derhaka
33. Alfonso d' Albuquerque
“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih berbahasa Inggeris, mahir menjahit dan ada lesen memandu serentak!” beritahu Ina yakin.
“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa seperti kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak.
“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tetapi saya tidak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang superbibik!”
Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temu ramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!
Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga bibik secara serentak. Itu membuatkan Fasharina binti Tan Sri Hisham, Ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha perlu mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!
Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!
Kategori PELIT (jurnal peribadi)
Mengisahkan Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan dengan kesukaran hidup sebagai mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Selain mengisahkan kisah hidup Idlan, ada juga diselitkan tip-tip Bahasa Melayu Tinggi.
Hampir mustahil bagi kita memisahkan hutang dalam kehidupan seharian. Hutang ibarat racun dan penawar. Jika bijak mengawaknya, maka hidup pasti kekal bahagia. Malah kita semakin kaya-raya. Jika hutang gagal diurus, maka hidup kita semakin miskin atau lebih buruk., bankrap.
Alangkah ruginya andai ada antara kita terlepas memiliki Hidup Tenang Walaupun Berhutan (Edisi Kemas Kini) terutamanya bagi:
- Graduan yang berminat memiliki kenderaan sendiri dengan cara berhutang.
- Pasangan suami isteri yang berhutang perabot, televisyen dan keperluan rumah lain.
- Menggunakan kad kredit setiap bulan bagi perbelanjaan sendiri.
- Gelisah diburu 'Ah Long' atau ceti haram di mana-mana sahaja.
- Bergaji tetap, namun masih sesak melunaskan segala hutang.
- Dihubungi pihak bank bertalu-talu yang menuntut hutang pinjaman.
Kategori PELIT (Jurnal Peribadi)
Diari yang mengisahkan hidup Hani Idayu binti Hamdan yang sering menangis walaupun kerana hal yang kecil belaka.
"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)
Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'
Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.
Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.
Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.
Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).
Pendahuluan
BAB 1: Alexander The Great Di Dalam Tafsir Al-Quran
BAB 2: Alexander The Great di dalam Teks Yunani-Rom Kuno
BAB 3: Nama Alexander Dicemari
BAB 4: Para Penguasa Dunia (1010 – 330sm) Menjelang Kedatangan Alexander The Great
BAB 5: Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj
BAB 6: Oasis Monoteisme di Tengah-Tengah Gurun Tandus Paganisme Yunani
BAB 7: Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander: Yunani Menentang Parsi
BAB 8: Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem
BAB 9: Pengembaraan Alexander Membebaskan Mesir (Barat)
BAB 10: Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur
BAB 11: Alexander Memasuki Lembah Fergana di Asia Tengah
BAB 12: Alexander Bertemu Bangsa Cina Nomad di Lembah Fergana
BAB 13: Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani 633
BAB 14: Jawapan kepada Tuduhan
Penutup
Isa dan Iskandar,
Ada dua ruh Mukmin yang sedih hati,
kecewa dan menangis,
kerana mereka disembah ‘umat’nya,
Dia adalah nabi Isa al-Masih,
dan Raja Iskandar murid Aristotle,
Ketika orang jahil berteriak,
menyanyi dan memuja-muja,
Tibalah waktunya turun al-Quran,
kepada insan kamil Muhammad,
membersihkan nama mereka berdua,
Isa dengan namanya, Iskandar dengan gelarannya.
Puisi di atas berkaitan dengan dua peribadi Mukmin yang sudah lama tiada di dunia ini. Selepas kematian mereka, ramai orang jahil menganggap mereka sebagai anak
Tuhan, bahkan disembah-sembah. Peribadi pertama adalah Nabi Isa al-Masih (4SM hingga 33M) dan yang kedua adalah Alexander the Great (356 hingga 323SM) atau Iskandar Agung.
Nabi Isa, guru Taurat yang soleh daripada keturunan Israel dianggap sebagai anak Tuhan, bahkan dianggap sebagai Tuhan itu sendiri. Sebenarnya, ini tidak pernah diajar oleh Nabi Isa.
Begitu juga dengan Alexander. Beliau dianggap sebagai anak Dewa Zeus dan anak Dewa Ammon (Jupiter) oleh bangsa Yunani-Rom. Kedua-dua pendapat yang salah ini disebar luas
oleh para penulis berbangsa Barat kuno (Yunani-Rom) dan moden. Mereka adalah bangsa pagan (penyembah patung) yang tidak mengenal monoteisme tauhid. Semasa mereka
menulis berkenaan sejarah dua peribadi mulia ini, keyakinan paganisme banyak berperanan dalam menggambarkan kedua-dua peribadi itu. Ini menyebabkan nama kedua-dua
personaliti ini tercemar dan ternoda. Buku-buku dan filem berkenaan Nabi Isa dan Alexander mengandungi kekeliruan yang besar dan fakta sejarah yang diputar belit.
Namun, Allah tidak terus membiarkan nama hamba-hambaNya dicemari. Sekitar tahun 610M hingga 633M, Allah memilih Muhammad bin Abdullah menjadi nabi akhir
zaman di tanah Arab. Selama 22 hingga 23 tahun itulah ayat-ayat suci al-Quran diturunkan kepada beliau. Antara ayat-ayat itu, terdapat ayat-ayat yang membersihkan nama Nabi
Isa al-Masih dan Alexander the Great daripada kekeliruan yang dikembangkan oleh orang kafir Yunani-Rom. Allah membersihkan nama Nabi Isa dengan menggunakan nama
Nabi Isa sendiri, iaitu Isa ibnu Maryam (Isa anak Maryam).Bagi Alexander pula, Allah membersihkan nama Alexander dengan menggunakan gelaran iaitu Zulqarnain yang
bermaksud ‘pemilik dua tanduk’ atau ‘raja dengan dua tanduk’. Ini dijelaskan dalam surah al-Kahfi, ayat 83 hingga 99.
Allah membersihkan nama Nabi Isa dengan nama Nabi Isa sendiri, iaitu dalam ayat-ayat yang berikut:
“Dan (Ingatlah) ketika Allah berfirman: ‘Hai Isa ibni
Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia:
‘Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Tuhan selain Allah’?
Isa menjawab: ‘Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku
mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya),....
Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa
yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan nya)
iaitu: ‘Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu’.”
(Surah al-Maaidah, ayat 116 - 117)
“Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:
‘Sesungguhnya Allah adalah al-Masih ibni Maryam’,
padahal al-Masih (sendiri) berkata: ‘Hai Bani Israel,
sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu’. Sesungguhnya,
orang yang menyekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka
pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan
tempatnya adalah di neraka, tidak ada bagi orang zalim
itu seorang penolong pun.”
(Surah al-Maaidah: 72)
Jadi bagi kita sebagai Muslim, adakah hanya kerana Nabi Isa dianggap sebagai anak Tuhan dan Tuhan oleh orang pagan, maka kita terus mengeluarkan Nabi Isa daripada senarai
para nabi utusan Allah? Adakah disebabkan kepercayaan karut itu, maka kita menganggap Nabi Isa sebagai kafir? Begitu juga dengan Alexander the Great dari Macedonia.
Adakah kita dengan mudah mengikut kepercayaan yang mengatakan Alexander adalah anak Dewa Zeus dan anak Dewa Ammon? Adakah disebabkan kepercayaan karut itu,
maka kita menganggap Alexander sebagai kafir? Adakah itu seterusnya menyebabkan kita menafikan dirinya sebagai Zulqarnain Qurani? Mengapa begitu mudah kita mengikut
pendapat orang kafir yang tidak mengerti monoteisme, tanpa meneliti sejarah kedua-dua peribadi yang mulia ini dengan lebih mendalam? Atas sebab itulah buku ini dihasilkan iaitu
bagi membersihkan nama Alexander the Great, Mukmin sejati yang namanya dicemarkan oleh para penulis Yunani-Rom kuno dan Barat moden.
Iskandar adalah Alexander dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Arab, suku kata ‘al’ digunakan bagi nama tempat ataupun gelaran. Contohnya al-Misri (Mesir), al-Quds
(Jerusalem) dan al-Masih (gelaran bagi Nabi Isa). Sementara itu, nama Iskandar dalam bahasa Yunani adalah Alexandros atau Alexander. Apabila nama ini disesuaikan dengan bahasa
Arab, maka suku kata ‘al’ dibuang lalu menjadi Exander, yang disebut sebagai ‘Iskandar’. Dalam bahasa Parsi dan India pula,ia disebut sebagai Srikandar. Dalam buku ini, nama asal yang
digunakan adalah Alexander.
Gelaran ‘the Great’ yang bermaksud besar, agung ataupun akbar dalam bahasa Arab) pada nama Alexander the Great pula digunakan bagi membezakan antara Alexander (anak
Raja Philip II yang hidup antara tahun 356 – 323SM) dengan Alexander lain. Ini kerana dalam dunia Yunani-Rom, sudah ada orang bernama Alexander sebelum Alexander, anak Raja
Philips ini. Selepas anak Raja Philips ini meninggal dunia, terdapat raja-raja Yunani-Rom yang bernama Alexander. Contohnya, Alexander II (368SM)1, iaitu abang kandung Raja
Philips II Macedonia, Alexander IV yang memerintah Mesir antara tahun 317 – 305SM; Alexander Severus, Raja Rom yang memerintah antara tahun 222 – 235M; dan Alexander
II, Raja Rom yang memerintah antara tahun 912 – 913M.Bagi membezakan antara individu-individu ini, maka nama Alexander the Great digunakan bagi merujuk kepada anak
Raja Philips. Jadi, maksud tersirat di sebalik nama ‘Alexander the Great’ adalah Alexander yang ‘teragung’ antara semua Alexander. Ini kerana, beliau berjaya menakluki dunia barat
dan timur. Dalam konteks ini, ‘great’ tidak membawa makna akbar (besar) antara semua mahkluk. Ini kerana, yang paling besar (akbar) adalah Allah.
Di dalam buku ini, kita akan menelusuri perjalanan Alexander menakluki dunia barat, timur dan utara, sesuai dengan kronologi dalam ayat 83 – 99, surah al-Kahfi. Perjalanan
Alexander ke arah barat (maghrib) adalah perjalanan ke tanah Mesir. Penafsiran perkataan ‘maghrib’ sebagai Mesir adalah berdasarkan terminologi tradisional bahasa dan sejarah Yahudi
(analisis sinkronik-diakronik). Sejak zaman Nabi Musa, Isa dan Muhammad, apabila orang Yahudi menyebut ‘maghrib’ (barat), mereka sebenarnya merujuk kepada Mesir.
Apabila mereka menyebut ‘masyriq’ pula, mereka sebenarnya merujuk pada Syam dan Palestin. Sebetulnya, ayat 83 – 99 dalam surah al-Kahfi adalah berkaitan dengan jawapan Allah
kepada orang Yahudi yang bertanya kepada Nabi Muhammad berkenaan, “Seorang lelaki pengembara yang mengembara hingga ke timur (masyriq) dan barat (maghrib), dan apa yang
terjadi kepadanya?”
Di Mesir, Alexander mendirikan kota Alexandria (Iskandariah) di Delta Nil. Ada hadis menyatakan, orang yang membangunkan kota Alexandria di Mesir adalah
Zulqarnain. Sejarah juga menunjukkan, satu-satunya raja yang membangunkan bandar Alexandria adalah Alexander the Great. Jadi, tidak syak lagi Alexander adalah Zulqarnain.
Alexander kemudiannya mengajak penduduk Mesir menyertai angkatan perangnya hingga pasukannya bertambah kuat,mantap, dan hebat.
Al-Quran menyebut, Zulqarnain melihat seakan-akan matahari terbenam di ‘Ainin Hamiah (mata air berlumpur hitam), dan beliau bertemu dengan satu kaum di sebelah mata
air itu. Selepas itu, Zulqarnain berpatah balik ke tempat lain. Kronologi ini sesuai dengan perjalanan Alexander the Great ke Mesir. Apabila peta Mesir moden dikaji secara terperinci,
kita dapati di tengah-tengah padang pasir memutih Mesir (bahagian barat), terdapat padang pasir yang berwarna hitam. Ia dipanggil Qattara Depression iaitu lembah berbentuk
cekung yang berkeluasan 44000 kilometer persegi. Pada ketika ini, Lembah Qattara yang berketinggian 134 meter di bawah paras laut ini sudah kering. Yang tinggal hanya pasir hitam
yang sudah kering. Mata airnya sudah tiada. Dalam bahasa Arab, Qattara berasal daripada perkataan ‘qataroh’ yang bermaksud kegelapan atau ‘khathoru’ yang bermaksud bahaya.
Inilah tanah gelap yang berbahaya, iaitu saki baki mata air berlumpur hitam ‘Ainin Hamiah yang pernah dilihat oleh Alexander dalam perjalanannya menuju ke Kuil Siwah pada
tahun 331SM. Ketika Alexander melihatnya, lokasi Lembah Qattara ini masih berupa kolam mata air besar berlumpur hitam panas yang luas. Ia mungkin seperti lumpur panas
di Porong Sidoarjo, Indonesia. Sementara itu, kaum yang tinggal di sebelah ‘Ainin Hamiah (Qattara Depression) adalah kaum Ammon. Secara tepatnya, lokasi tempat tinggal mereka
dinamakan Oasis Siwah. Berdasarkan peta Mesir moden,Oasis Siwah iaitu lokasi Kuil Ammon ini hampir dengan mata air berlumpur hitam Qattara. Alexander pergi ke kuil
ini atas perintah Allah bagi berdakwah kepada kaum pagan yang menyembah Dewa Ammon (Dewa Jupiter). Beliau tidak ke sana bagi meminta ramalan tukang tilik dan mendapatkan
pengesahan sebagai raja Mesir sebagaimana dinyatakan dalam sumber-sumber pagan Barat kuno dan moden. Selepas berjaya mengajak kaum Ammon kembali menyembah Allah,
Alexander berpatah balik menuju ke timur. Kisah ini dapat dibaca dengan lengkap dalam Bab 8 – Penaklukan Alexander the Great ke Arah Barat (Maghrib as-Syamsi) di Mesir:
Menemukan Mata Air Berlumpur Hitam (‘Ainin Hamiah) di Qattara Depression Mesir dan menjumpai kaum Ammon di Oasis Siwah (332 - 331 SM). Berhubung dengan ini, ayat 86,
surah al-Kahfi dapat diterjemahkan seperti yang berikut:
“Sehingga apabila dia (Alexander Zulqarnain) sampai ke
daerah matahari terbenam (Mesir), dia mendapatinya
(matahari itu seakan-akan) terbenam di sebuah mata
air yang hitam berlumpur ‘Ainin Hamiah (Qattara
Depression), dan dia dapati di sisinya (di sisi Qattara),
suatu kaum (kaum Ammon di Oasis Siwah). Kami
berkata, ‘Wahai Zulkarnain! Kamu boleh menyeksa
mereka ataupun kamu bertindak secara baik pada
mereka’.”
Alya Amira binti Rahmat. Eh! Nama dia sama seperti dalam Sekolah Kampung dan Sekolah Menengah?
Sebenarnya dia memang orang yang sama. Kali ini Alya mahu tukar sekolah lagi. Dia tidak tahan bersekolah di sekolah berasrama penuh kerana dia rindukan ibu dan ayahnya. Kasihan. Tetapi bukan kasihan kepada Alya. Kasihan kepada ibu dan ayahnya yang terpaksa melayan karenah Alya. Di sekolah baharu ini, dia terpaksa menahan malu kerana ayahnya ada minat baharu. Ayahnya membeli kereta buruk. Alya difitnah sudah jatuh miskin. Wah! Kasihan sungguh dia.
Apa kesudahan cerita ini? Dapatkan segera di pasaran.
"Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."
Jangan salah Rinikan kalau Rini benci akan Riana. Satu-satunya adik yang Rini ada sangat nakal dan ada kala amat menyebalkan.
ARGHHHHHHHH! Rini hanya mahu masa remaja yang normal seperti kawan-kawannya yang lain. Dia hanya mahu masa bersama teman tanpa gangguan, adik yang berperangai normal, abang yang lebih bertanggungjawab, dan ayah yang lebih memahami. Malah yang paling dia mahu, dia mahu ibunya kembali....
Begitulah hidup Rini. Jadi, ada sesiapa yang mahu bertukar tempat dengan Rini?
Memiliki cinta yang membahagiakan adalah pilihan yang dapat dicapai semua orang. Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah jalan dan pendekatan yang diambil bagi memetik buah-buah cinta yang segar dan ranum. Cinta sentiasa bersifat misteri. Ia dapat dirasai dengan hati dan diterjemah melalui perbuatan. Buku ini mengetengahkan pendekatan dari dalam ke luar dalam menyampaikan mesej kasih sayang dalam minda lelaki. Jika yang diberi itu kasih sayang, maka yang diterima juga kasih sayang. Tetapi apakah cara yang efektif bagi menyampaikan hasrat hati ini?
Persoalan lain yang selalu diajukan adalah berkenaan bagaimana mendapatkan komitmen lelaki dalam mengurus perhubungan sedia ada. Tidak dapat dinafikan soalan mengurus konflik tanpa menjejas sayang yang sudah ada juga menjadi pertanyaan penting orang perempuan. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana menawan hati lelaki sebagai pasangan dan cara menyampaikan hasrat diri kepadanya. Buku ini meneroka pemikiran dan sikap lelaki dalam menerima risalah cinta daripada perempuan yang sentiasa dirindui. Ia realistik dan memenuhi cara hidup kontemporari tempatan yang kita lalui hari ini.
Aisyah digambarkan sebagai seorang isteri yang mempunyai orientasi tindakan yang tinggi. Beliau memberi respon aktif secara lisan dan perbuatan kepada apa yang disampaikan oleh nabi sama ada didikan, teguran dan peringatan. Aisyah juga menjadi penting kerana beliau menjadi rujukan alternatif kepada orang Islam. Orientasi tindakan dalam kehidupan Aisyah meneguhkan kedudukan Nabi Muhammad baik dari segi hidup peribadi, dakwah dan mengurus hidup keluarga. Realitinya, dalam diri kita ketika ini sudah ada ciri-ciri Aisyah yang dapat digubah menjadi sesuatu yang akan mengindahkan hidup berpasangan.
Dedikasi
Bicara Pemula
Berkongsi Cerita Bersama Kami
Mencipta Cinta Lelaki Super
Sedihnya Kad Undangan Perkahwinan
Bahagian 1 Bahasa Kita Bahasa Hati.
Bab 1 Rentak Bahasa Badan Ikut Tarian Hati
Bab 2 Tanam Pinang Rapat-rapat
Bab 3 Hormat dan Sayang Datang Bersama
Bab 4 Tingkatkan Rasa Yakin Jiwa Kekasih
Bab 5 Aku dan Dia Menjadi Steven Spielberg Bersama
Bab 6 Teman Perjalanan Bersama
Bab 7 Tembok Keyakinan Terhadap Pasangan
Bab 8 Sepuluh Kata-kata Manis Pengikat Hati
Bab 9 Satu Bahasa Dua Makna
Bab 10 Syiling Amal, Ringgit Kebajikan
Bab 11 Menjadi Pilihan yang Tersayang
Bahagian 2 Melihat Dunia daripada Kaca Mata Si Dia
Bab 12 Topeng Hitam dan Topeng Putih Silih Berganti
Bab 13 Turun Naik Keputusan Bersama
Bab 14 Saya Suka dan Dia Minat
Bab 15 Hangat dan Mesra di Bawah Satu Bumbung
Bab 16 Jiwa Cinta Takut-takut Juga
Bab 17 Jutawan Cinta yang Pemurah
Bab 18 Lelaki Juga Perlukan Sentuhan Emosi
Bab 19 Keratan Resipi Sang Suami
Bab 20 Permintaan Lampu Hijau
Bab 21 Pamerkan Minat Kita Terhadap Kesukaannya
Bab 22 Cinta Pisang Goreng
Bab 23 Si Bisu Berkata-kata, Si Tuli Mendengar
Bab 24 Cemburu Suami dan Lampin Bayi
Bab 25 Lain Tubuh, Lain Perangai
Bab 26 Berselerak Sana-sini Sistematik Namanya
Bab 27 Dengar-dengarkan, Jangan Ketinggalan
Bab 28 Apabila Isteri Menjadi Tawanan Suami
Bab 29 Satu Suara Empat Corong
Bahagian 3 Kempen Pilihan Raya Cinta
Bab 30 Isteriku Si Mata Jeli
Bab 31 Apa Yang Didengar, Dilihat dan di Hati
Bab 32 I love You di Bibir Menyentuh ke Hati
Bab 33 Jenamakan Pasangan dengan Jenama Positif
Bab 34 Jenama Diri, Jenama yang Dikenang-kenang
Bab 35 Kempen Menaikkan Nama yang Dikasihi
Bab 36 Anak-anak Pelembut Hatinya
Bab 37 Anak-anak Orang Kuat Kempen Menawan Hati
Bab 38 Tanah Liat Acuan Diri Sendiri
Bab 39 Selami Dasar Hatiku
Bab 40 Rendah Stres di Pejabat, Kurang Tekanan di Rumah
Bab 41 Ciuman Kasih dan Kehilangan Rakan
Bab 42 Positif Kosong Positif Berisi
Bab 43 Niat Lurus Bahasanya Menyimpang
Bab 44 Percaya yang Dibalas Emas Penghargaan
Bab 45 Bersama Siapa Impian Senangmu
Bab 46 Pernikahan Ibadat yang Mengubah Adat
Bahagian 4 Hati-hati Ombak Menghempas Pantai
Bab 47 Sedikit Bukan Miskin, Banyak Bukan Mewah
Bab 48 Antara Sempit, Tenang dan Gembira
Bab 49 Marah-marah Menjadi Simpati
Bab 50 Dunia Tenang Si Pemandu Teksi
Bab 51 Usahlah Cepat Melatah
Bab 52 Geramnya Saya!
Bab 53 Ombak Emosi, Ada yang Surut Ada yang Naik
Bab 54 Kritikan, Si Penembak Hati yang Tepat
Bab 55 Tujuh Halangan Berganti-ganti Menanti di Balapan
Bab 56 Fitnah di Luar Menjadi Fitnah di Dalam Rumah
Mengenai Penulis
Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Bahagian 1 Bahasa Kita Bahasa Hati
Bahagian ini mendedahkan rahsia 11 tip mudah bagaimana cara pasangan menyalurkan rasa hati kepada pasangan. Ia mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui cara berfikir, lisan dan bahasa badan.
Bahagian 2 Melihat Dunia dari Kaca Mata Si Dia
Bahagian kedua mengetengahkan 18 tip menerima dan memahami konsep kasih sayang, cinta, rindu dan harapan daripada perspektif orang lelaki. Ia memberi maklumat kepada pembaca bagaimana lelaki mudah seronok dan bersedia bagi menerima cinta seorang perempuan dan bersedia memberi kesetiaan kepada kita.
Bahagian 3 Jentera Kempen Pilihanraya Cinta
Menawan hati lelaki bukan sahaja datang dari dalam diri. Bahagian ini memberi 17 panduan paling penting yang dikongsikan oleh para pasangan dan pengkaji bagaimana kita dan orang di sekeliling dapat membantu melunakkan hatinya dan terus-menerus mencintai diri.
Bahagian 4 Hati-hati Ombak Menghempas Pantai
Bahtera bahagia sentiasa dilanda ombak dugaan. Bahagian ini memberi sepuluh senarai semak yang dikenalpasti halangan-halangan yang memungkinkan nilai cinta tidak dapat ditafsir. Ia juga memberi tip-tip penting dalam persediaan berhadapan cabaran dan halangan sebelum dan selepas proses menawan cinta seorang lelaki.
Suatu masa,
Dia dikenali sebagai penderhaka. Satu titik hitam yang memadamkan sebuah lapangan putih yang pernah diloreknya. Namun sejarah yang terpendam tidak akan terpadam. Ia diungkit kembali menjadi kisah, senandung yang menguatkan jiwa dan minda bangsa.
Sang Persata Nala sudah berfirasat akan pengakhiran hayat muridnya. Lantas diseru dan diamanahkan muridnya itu atas sebuah pencarian sebagai persediaan. Yang nyatanya ia bukan pencarian mudah. Apatah lagi jika perjalanannya tidak terbatas waktu...
Ini adalah kisahnya.
Ini adalah Pengembaraan Hang Jebat!
Buku resipi Cita Rasa Malaysia - Kelantan menghidangkan 23 resipi tradisi dan warisan asli dari negeri Darul Naim.
1) Ayam Serai Bakar
2) Ayam Percik Kota Bharu
3) Udang Pati Santan
4) Laksa Kelantan
5) Serunding Daging Bertali
6) Ikan Tongkol Gulai Kuning
7) Mi Laksam
8) Siput Sedut Masak Asam Rebus
9) Mi Celup
10) Paprik Campur
11) Ikan Keli Goreng Berlada
12) Ayam Masak Kuzi
13) Tomyam Seafood
14) Perut Lembu Air Asam
15) Perut Gulai Lemak Rebung
16) Daging Goreng Kunyit
17) Singgang Ikan Tongkol
18) Daging Masak Singgang
19) Sotong Sumbat
20) Ikan Selar Kuning Cempaka
21) Kacang Botor Goreng
22) Ikan Percik
23) Ketupat Sotong
Buku resipi CIta Rasa Malaysia - Johor menghidangkan 23 resipi tradisi dan warisan asli dari negeri Darul Ta'zim
1) Botok-botok
2) Sayur Rampai
3) Jeranan
4) Ikan Sumbat
5) Ikan Masak Terutup
6) awal Masak Kacang
7) Soto Ayam
8) Rojak Tauhu
9) Belado Campur
10) Tauhu Sumbat
11) Ikaaan Pari Asam Pedas
12) Sotong Masak Hitam
13) Sotong Masak Titik Pelepah
14) Pais Ikan
15) Pecal Jantung
16) Pecal Timun
17) Tauge Ikan Masin
18) Laksa Johor
19) Serunding Daging
20) Mihun Kerang Kuah Lemak
21) Beriani Daging
22) Beriani Dham
23) Acar Rampai
Menurut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, padata tahun 2007, terdapat 1,831 buah pusat jagaan kanak-kanak (Taska) berdaftar di seluruh negara. Angka ini semakin bertambah setiap tahun kerana keperluan yang tinggi.
Penjagaan kanak-kanak tidak terhad bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak sahaja. Suri rumah atau sesiapa sahaja yang mahu menambahkan pendapatan sampingan wajib memiliki buku ini.
Buat Duit dengan Jaga Budak fokus pada penjagaan kurang daripada 10 orang kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah. Maka ia tidak memerlukan pendaftaran berbanding Taska (Seksyen 4, Akta Pusat Penjagaan Kanak-kanak 1984).
Selepas berlakunya 'kiamat kecil', hanya satu benda yang terselamat. Benda itu menjadi salah satu komponen senjata yang paling berkuasa di dunia. 1000 tahun kemudian, senjata itu digunakan semula bagi menjadi pelindung kerajaan Ardh dan menyelamatkan kerajaan Ardh daripada kuasa sihir. Adakah senjata lagenda itu mampu menyelamatkan kerajaan Ardh daripada terus dipermainkan ahli sihir? Siapa pula orang hebat yang mampu menjaga dan menggunakan senjata hebat itu?
Tutup mata kita. Tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. Mari berfikir sejenak. Bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, "Aku berikan kamu kesempatan hebat. Lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawabnya sekarang. Lima pertanyaan. Apakah pertanyaan pertamamu?"
Memang sudah tidak ada lagi yang peduli terhadap surau itu. Dibiarkan dimamah usia dan nyaris roboh. Hanya Ibrahim seorang sahajalah yang berjuang mati-matian menghidupkannya, memakmurkannya, mencintainya sepenuh jiwa. Bahkan melampaui kecintaannya kepada diri sendiri dan wanita yang mencintainya. Dia berjuang keras sentiasa menghadirkan Allah di hatinya, di surau itu, di lingkungan itu. Dan, pilihan cintanya terhadap rumah Allah menghantarnya pada kemelut yang terjal, perih, berselimut luka, berderai air mata bahkan harga diri dan jatidirinya di mata orang-orang yang berusaha merobohkannya.
Terdapat 200 cerita kelakar dalam komik ini. Semuanya dilukis dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Hebat!
Belangkas merayap di mana-mana. Histeria menghantui pelajar-pelajar sekolah. Kematian-kematian mengejut dan mengerikan. Penduduknya percaya orang asing adalah pembawa bencana.
Saniah dan Dalila, dua guru pelatih yang baru menjejakkan kaki ke provinsi itu tanpa sedar telah terheret ke dalam pergolakan yang akan menentukan jatuh bangun sebuah dunia asing.
Swastika semakin terdesak apabila salji tiba-tiba turun dari langit tropika Sandora. Apakah ia pesona yang akan menghadirkan ketenangan? Atau alamat ketibaan satu malapetaka?
Apakah yang sebenarnya terjadi di Provinsi Sandora?
Walau apa pun situasi, sedih, gembira atau marah, bubble gum tetap jadi peneman setianya. Sheera, gadis kaya yang hidup mewah tanpa bekerja. Segala yang diingini diberikan oleh ayahnya yang kaya raya. Tetapi... ada sesuatu yang tiba-tiba merubah gaya hidupnya, iaitu REUNION sekolahnya!
Sheera perlu mendaftar di lawan web yang dibina oleh alumni sekolahnya bagi membolehkan dia hadir ke reunion itu. Namun, ada sesuatu yang menyekatnya daripada mengisi borang maya yang terdapat di laman web itu.... Apakah perkara itu? Pekerjaan. Sheera tidak tahu apa yang patut diisi di bahagian pekerjaan pada borang itu. Dia yang selalu ambil mudah tentang masa depannya tiba-tiba beria-ia untuk mencari kerja.
Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?
Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!
Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.
Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.
Elly dan rakan-rakannya adalah sekumpulan pelajar biasa dan kurang popular berbanding The Glamourous Girls. Namun populariti The Glamourous Girls tergugat apabila Mia, seorang pelajar baharu di sekolah mereka dan menjadi sebahagian daripada kumpulan Elly.
Sekolah memainkan peranan sebagai institusi sosial yang penting pada negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf biasa.
Sinergi dalam Pengurusan Sekolah membincangkan peranan pengetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokokngan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang.
Buku ini turut menyentuh:
Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata?
Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam perniagaan anda sendiri. Antaranya:
- Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam mennetukan kejaayan Khadijah.
- Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad.
- Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?
Daripada Pengarang
1 Profil Ringkas Khadijah
2 Berniaga adalah Budaya Masyarakat Arab
3 Memanfaatkan Sistem Business Matching
4 Khadijah Menilai Peluang Perniagaan dan Diri Nabi Muhammad
5 Mudarabah Antara Nabi Muhammad dan Khadijah
6 Analisis Kos-Faedah
7 Mewujudkan Program Pengiktirafan
8 Memantau Perkembangan Perniagaan
9 Budaya Dipacu Prestasi
10 Bijak Menjalin Hubungan Baik dengan Semua Pihak
11 Pembezaan dalam Perniagaan Khadijah
12 Struktur Organisasi Perniagaan Khadijah yang Berkesan
13 Pengurusan Risiko
14 Kesinambungan Perniagaan dan Rancangan Pewarisan
15 Menjangka Masalah Perniagaan
16 Masalah Agensi
17 Keputusan Tepat Memilih Nabi Muhammad Sebagai Mudarib
18 Kesinambungan Hubungan Awal Antara Nabi Muhammad dan Khadijah
Mat, Dol dan Din penduduk Kampung Seberang yang masih belajar. Melepak adalah kegemaran mereka. Tidak, bukan di pusat mebeli-belah. Bukankah mereka budak kampung? Bagi memastikan aktiviti melepak mereka berjalan lancar tanpa gangguan, mereka membina rumah di atas pokok. Idea itu datang daripada Mat. Manakala Dol yang berpengalaman membina tandas bercat merah jambu adalah arkitek utamanya.
Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).
Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.
Penghargaan
Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan!
Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang!
Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!
Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.
Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.
Dalami tip berikut:
- Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
- Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
- Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
- Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik
Serta banyak lagi!
Aisyah Sofia dan kawan-kawannya menyertai perkhemahan motivasi pelajar anjuran sekolah. Ia diadakan di sebuah kawasan perkhemahan dalam hutan. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan. Mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar seperti meredah sungai, memasak, memanjat pokok, menyediakan khemah dan sebagainya. Mampukah mereka mengikuti program itu sehingga selesai?
1. Mari Berkhemah
2. Apa yang Perlu Dibawa
3. Selamat Datang ke Kem
4. Cabaran Bermula
5. Siapa Menang
Himpunan komik yang menceritakan fasal keadaan bola sepak di Malaysia. Komik antologi yang wajib ada pada semua orang yang cintakan bola sepak. Antara komik yang terlibat adalah:
Buku ini disusun berdasarkan prinsip Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP). Elemen-elemen nilai dan moral diterapkan melalui pengajaran-pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Falsafah Pendidikan Negara menegaskan bahawa setiap anak perlu dikembang dan digilap segala potensi yang ada dalam diri mereka bagi melahirkan insan yang cemerlang dan harmonis.
Buku ini dihasilkan bagi memenuhi prinsip ini serta menambah maklumat sedia ada guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Adakah kita masih ingat peristiwa ketika hari pertama ke sekolah? Mengapakah manusia mengingati sebahagian pengalaman dan melupai sebahagiannya lagi? Buku ini mengupas konsep lupaan dengan membincangkan definisi, teori-teori, implikasi, dan langkah-langkah mengatasi lupaan.
Dari sudut psikologi, bunuh diri bukan tindakan perseorangan, tetapi melibatkan lebih daripada seorang (Jamison, 1997). Bunuh diri sama seperti kemurungan yang cenderung diwarisi dalam keluarga (Wender et al., 1986).
Ingat, Lupa, Sedar & Gangguan Psikologi turut mengupas isu penghidap skizofrenia yang menderita gejala menakutkan seperti mendengar suara yang tidak didengar oleh orang lain, percaya orang lain membaca dan mengawal fikiran mereka, dan ada cubaan mencederakan mereka (Spearing, 2002).
Dua beradik dalam pencarian sekuntum Bunga Purnama Biru. Bunga yang bakal menyelamatkan abang
mereka yang diserang penyakit Sirna Memori.
Dua beradik ini bukan seperti manusia yang lain.
Kerana Tuhan telah menganugerahkan mereka keupayaan luar batas manusia biasa.
Seorang mampu memanipulasi air sementara seorang lagi mampu memanipulasikan angin.
Namun adakah kuasa istimewa mereka itu mampu membantu dalam misi mencari sekuntum Bunga Purnama Bir?
Kerana, bungan tersebut bukan bunga biasa. Ia hanya tumbuh setiap 99 tahun pada malam gerhana bulan.
Misi ini misi mustahil, tapi demi nyawa seorang abang.
Mereka tiada pilihan lain!
Nisa wanita tabah.
Nisa pernah hilang arah. Jauh dari Allah. Namun, kasih sayang-Nya membawa Nisa kembali ke pangkal jalan. Pada saat Nisa menyedari hidayah Allah adalah anugerah terindah, Nisa berbisik kepada diri sendiri 'Maka nikmat-Nya yang manakah hendak aku dustakan?'.
Berpegang teguh kepada janji Allah dalam surah al Baqarah "Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar", Nisa hadapi musibah dan ujian dengan penuh takwa dan redha. Dalam sujud dan doa mengiringi tahajudnya, Nisa memohon kepada Yang Maha Cinta untuk terus akur dengan ketetapan-Nya.
Di manakah penghujung ujian kesabaran itu?
Akulah Khalifah Khairunnisa S.Kep, M.Kep. Ns, Sp Mat. Aku tersenyum puas. Selalu bersyukur dan bersabar merupakan kunci untuk berjaya dalam hidup. Hidup adalah satu perjuangan. Terima kasih Allah, kerana bersamaku!
Mengapa kita perlu berakhlak mulia? Kata ibu, orang yang berakhlak baik akan disayangi Allah dan rasul-rasulnya. Adik-adik mahu disayangi Allah dan rasul? Mari kenali akhlak-akhlak yang boleh boleh kita contohi melalui buku ini. Akhlak yang baik lahir daripada peribadi yang selalu ingin mencontohi Rasulullah. Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."
Bab 1: Kesempurnaan Iman
1. Berakhlak Mulia
2. Beriman Kepada Allah
3. Memperbaharui Iman
4. Berkata Benar
5. Sabar
6. Malu
7. Berkata Yang Baik
8. Kaya Hati
9. Berani
10. Berlemah Lembut
11. Pemurah
12. Merendah Diri
13. Pemaaf
14. Adil
15. Jujur dan Amanah
16. Menepati Janji
17. Kasih kepada Nabi
18. Hidup Sederhana
19. Sederhana Dalam Berpakaian
20. Jaga Perut
21. Jaga Pandangan
22. Senyum
Bab 2: Mengingati Allah
23. Sentiasa Mengingati Allah
24. Berdoa 25. Menjaga Solat
26. Sembahyang Berjemaah
27. Khusyuk Atau Fokus Dalam Sembahyang
28. Bertaubat
29. Meminta Petunjuk Dari Allah
30. Taat Melakukan Kebaikan
31. Ucapkan ‘Insyallah’
Bab3: Aspek Kebersihan
32. Sentiasa Dalam Keadaan Berwuduk
33. Membersihkan Gigi Atau Bersugi
Bab 4: Ilmu dan Amal
34. Menghidupkan Masjid
35. Amalan Baik Di rumah
36. Konsisten Dalam Amalan
37. Menuntut Ilmu
38. Mengajar Ilmu
39. Membaca dan Mendengar Quran
40. Belajar Kemahiran
Bab 5: Urus Masa
41. Membuat Perkara Berfaedah
42. Urus Masa Dengan Bijak
Bab 6: Menjaga Hubungan Sesama Makhluk
43. Kasih Sayang Kepada Saudara
44. Berhati-hati Memilih Sahabat
45. Taat Kepada Ibu Bapa
46. Membuat Kebaikan Untuk Ibu Bapa
47. Berbuat Baik Kepada Anak Yatim
48. Menghormati Orang Tua
49. Hubungan Dengan Isteri
50. Kasih kepada Kanak-kanak
51. Berbuat Baik kepada Jiran
52. Kasih Kepada Guru
53. Menghormati Orang Bawahan Kita
54. Muliakan Tetamu
55. Hubungan Dengan Haiwan
56. Mengurus Kepentingan Keluarganya
Bab 7: Meringankan Beban Saudara
57. Membantu Orang Lain
58. Sedekah
59. Bersedekah Kepada Keluarga
60. Memberi Makan / Menjamu
61. Meringankan Beban Hutang Orang Lain
62. Menjelaskan Hutang
63. Menunaikan Hajat Saudara
64. Membela Orang Yang Dizalimi
65. Menutup Keburukan Orang
Bab 8: Hadiah
66. Memberi Hadiah
67. Menerima Hadiah
68. Berterima Kasih
Bab 9: Melaksanakan Keperluan Hidup
69. Bekerja
70. Profesional
71. Bermesyuarat
72. Jaga Rahsia Mesyuarat
73. Berterus Terang Dalam Berniaga
74. Menentukan Upah/Gaji
75. Mengambil Tempat Dalam Majlis
76. Memberi Semangat Atau Motivasi
Bab 10: Etika Pergaulan
77. Menyebarkan Salam
78. Minta Izin
79. Mengunjungi orang sakit
80. Bersin
81. Menziarahi Kubur
82. Mendamaikan Dua Pihak yang Bermusuh
83. Menyambung Siraturahim
84. Panggilan yang Baik
85. Berpada-pada Memberi Pujian
Bab 11: Perkara Yang Perlu Dielakkan
86. Tidak Riya’
87. Menahan Marah
88. Tidak Mengintai
89. Tidak Merendahkan Orang
90. Tidak Suka Dihormati
91. Tidak Mengata Orang
92. Tidak Rasuah
93. Tidak Mengintip
94. Tinggalkan Pertengkaran
95. Tidak Banyak Bergurau
Bab 12: Membetulkan Niat
96. Ikhlas
97. Mensucikan Hati
Bab 13: Mengajak Kepada Kebaikan
98. Memberi Nasihat
99. Berdiri Di Jalan Allah
100. Berhijrah
101. Berwasiat
Puan Saodah dan Puan Hasnah sering bertengkar walaupun mereka berjiran. Ada sahaja perkara yang tidak kena di antara satu sama lain. Anak-anak mereka risau melihat keadaan demikian. Adam, Nabil dan Sofia berusaha mendamaikan mereka. Apakah yang Adam, Nabil dan Sofia lakukan.
Bab 1 Rancangan Cuti Sekolah
Bab 2 Rumah Mak Long
Bab 3 Mendapat Kawan Baru
Bab 4 Berkenalan dengan Mak Saodah
Bab 5 Kerepek Pisang Mak Long
Bab 6 Bermain Baling Botol
Bab 7 Operasi Membalas Dendam
Bab 8 Kenduri
Bab 9 Ada Perkembangan Baik
Bab 10 Berdamai
Permusuhan antara Rayyan dan Naznin semakin parah apabila tarikh pernikahan kedua-dua orang tua mereka kian hampir. Ayah Rayyan yang sekian lama menduda, jatuh hati pada ibu Naznin, seorang ibu tunggal. Adakah permusuhan mereka berakhir kerana perkahwinan itu?
"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!"
"Padat tetapi menarik. Emosi tetapi berintikan dalil. Inilah novel wacana Islami yang jarang-jarang sekali kita temui dalam dunia persuratan tanah air."
-Zaid Akhtar, Novelis Salju Sakinah-
“Membaca kisah Syahadah Gadis Aties membuatkan anda tidak berhenti berfikir. Perbincangan yang berlaku antara Rini dan Nizam membawa pembaca ke dalam pengembaraan minda yang mempesonakan. Rini, seorang gadis yang tersesat jalan dan terpenjara dalam tembok persoalan. Nizam, pemuda yang membawa jawapan dan bukti-bukti kewujudan Tuhan. Beberapa perkara yang tidak pernah saya fikirkan dicetus dan diberikan jawapan dengan analogi yang mudah dan berkesan. Ia benar-benar dramatik.”
- A.Ubaidillah Alias, Novelis Warkah Cinta Berbau Syurga-
“Bukan novel biasa, bukan buku soal jawab agama tipikal. Syahadah Gadis Aties adalah manual bahasa mudah seorang Muslim yang diekstrak dari manual agung, al-Quran. Buku pemantapan akidah yang dipermudahkan cara penyampaian ini adalah bacaan wajib bagi setiap Muslim tanpa mengira umur, kedudukan, pangkat dan tingkatan ilmu.”
-Nur Zarawati binti Mohd Zain, Pengarah Urusan Zaratech Enterprise-
“Gaya penulisan yang santai dan diterapkan penuh dengan ilmu ketuhanan dan maklumat sains. Sesuai untuk golongan remaja dan peringkat pertengahan. Saya teruja apabila membaca salah satu bab dalam novel ini, kita sebenarnya sedang bergerak selaju 30 km sesaat walaupun pada ketika itu kita sedang duduk sambil membaca novel. Buku ini sesuai dijadikan bahan untuk menangkis perang saraf ke atas akidah umat Islam masa kini.”
-Hardy Nobat Jafar@Abu Bakar, Pentadbir IT & pengendali blog www.hardyw3b.wordpress.com
“Nah! Sudah tiba sebuah naskhah yang pasti mengkhayalkan akal dalam sedar dan emosi iman dalam pembangunan sebuah jiwa! Naskhah ini cantik kerana setiap analogi mudah itu pasti bertemankan dalil-dalil dan nas-nas yang mengajak kita berfikir dan menjadikan kita berilmu. Ia tidak seperti kebanyakan novel-novel khayal biasa yang dilambakkan di pasaran, ia adalah naskhah ilmu dari rahmat Allah.”
-Ira Irwarddy bin Ismail, Marine Operation Drafter Syarikat Multinasional
Walaupun berbadan kecil, Qalif mahir seni mempertahankan diri. Dia suka membantu orang susah walaupun terpaksa membahayakan nyawa sendiri.
Namun, sikap baiknya itu bakal mengubah nasibnya. Qalif bakal menerima kuasa luar biasa. Pada masa sama, Qalif juga bakal menerima hukuman mati. Kenapakah insan baik seperti Qalif perlu dihukum mati?
Jangan bimbang... Qalif bukan orang biasa, dia adalah Ultra Qalif.
Buku resepi senangnya memasak..tauhu dan telur menghidangkan 23 resipi tauhu dan tauhu yang menjadi pilihan seisi keluarga. Ia disertakan dengan gambar langkah demi langkah yang mudah dan praktkal. Resipi-resipi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan.
1. Acar Telur Puyuh
2. Dalca Telur
3. Fritata Putih Telur
4. Jejemput Tauhu
5. Kerutuk Telur
6. Kurma Telur
7. Masak Lemak CIli Api Telur Itik
8 Masak Lemak Tauhu dan Kucai
9. Masak Lemak Cili Api Tauhu
10. Bergedel Tauhu
11. Roti Telur
12. Salad Tauhu
13. Sup Tauhu
14. Tauhu Berlada
15. Tauhu Goreng
16. Tauhu Masak Taucu
17. Tauhu Rampai
18. Tauhu Sos Lada Hitam
19. Tauhu Sumbat
20. Telur Dadar Udang
21. Telur Hancur
22. Telur Kukus
23. Telur Masak Kicap
Sejak Kapten Hijau menjadi kawan Didi, Didi menjadi kanak-kanak yang sukakan alam sekitar. Didi dan Kapten Hijau sama-sama membersihkan alam sekitar. Namun, hanya Didi yang nampak Kapten Hijau. Keadaan itu menyebabkan rakan-rakan Didi tidak selesa dengan sikap pelik Didi itu. Didi kehilangan kawan sepermainan kerana sikapnya yang pelik itu.
Walaupun begitu, Didi tetap mahu menjadi penyelamat alam sekitar bersama Kapten Hijau. Apakah yang menyebabkan Didi begitu takjub mahu jadi penyelamat alam sekitar? Adakah Didi akan terus disisihkan?
Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.
Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”
Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.
Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.
Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.
Mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia. Penglibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.
Antara isu yang menarik adalah # Sejarah ringkas bangsa Yahudi # Era baharu bangsa Yahudi di Amerika Syarikat # Pengaruh Yahudi dalam White House # Peristiwa penting tentang penglibatan Yahudi dalam kekecohan dunia # Matlamat akhir bangsa Yahudi dalam menakluk dunia.
Turut dimuatkan 24 Protokol yang menjadi panduan dalam tindakan merangka penubuhan 'Kerajaan Yahudi Antarabangsa' yang memerintah bumi.
"Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangannya terhadap orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah..." (surah al-Ma'idah: 82)
Kata Pengantar
Pendahuluan
BAHAGIAN 1
BAB 1 : SEJARAH RINGKAS BANGSA YAHUDI
Kronologi Peristiwa Berkaitan Yahudi
BAB 2 : AMERIKA SYARIKAT: SATU LEMBARAN BAHARU
Era Baharu Bangsa Yahudi
Sejarah sebagai Subjek Utama
BAB 3 : PENGARUH YAHUDI DI AMERIKA SYARIKAT
Politik dan Ekonomi
Pembunuhan John F. Kennedy
Pengaruh ke Atas Media
Yahudi Mencipta Kemelesetan
BAB 4 : KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT AKHIR
Program dan Strategi Politik Yahudi
Strategi Yahudi
Perang Yom Kipur
Perang Teluk Pertama 1991
Perang Afghanistan dan Peristiwa 11 September
Reaksi Dunia
BAB 5 : REALITI MASA KINI
Keadaan Masyarakat
Langkah Mengatasi
Renungan Akhir
BAHAGIAN 2
BAB 6 : PROTOKOL YAHUDI 123
Protokol 1
Protokol 2
Protokol 3
Protokol 4
Protokol 5
Protokol 6
Protokol 7
Protokol 8
Protokol 9
Protokol 10
Protokol 11
Protokol 12
Protokol 13
Protokol 14
Protokol 15
Protokol 16
Protokol 17
Protokol 18
Protokol 19
Protokol 20
Protokol 21
Protokol 22
Protokol 23
Protokol 24
Kronologi Peristiwa Berkaitan Yahudi
Susur galur bangsa Yahudi dipercayai bermula pada tahun 1,000 sebelum Masihi. Keturunan Nabi Yakub melahirkan para nabi berikutnya dan berakhir dengan Nabi Isa. Nabi Muhammad pula berketurunan Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar
serta puteranya Nabi Ismail yang mendiami Makkah bersama puak Jurhum. Mereka mula mendiami kawasan sekeliling punca air zam-zam dan seterusnya berkembang maju sehingga ke hari ini. Sejarah awal Bani Israel banyak tertulis dalam al- Quran khususnya sewaktu zaman Nabi Musa. Diceritakan tentang sifat kufur mereka pada Tuhan dan cinta mereka pada dunia. Mereka juga dikenali sebagai bangsa yang tidak tahan diuji, memungkiri janji dan terkenal sebagai bangsa yang membunuh para rasul.
Pada zaman awal sejarahnya, Bani Israel mendiami beberapa wilayah termasuk Mesir dan kemudiannya berpindah-randah sehingga mereka tinggal di Lembah Jerusalem atau Baitul Maqdis, Palestin. Mereka bermastautin di situ bersama para nabi. Di situ juga berlaku cubaan bunuh ke atas Nabi Isa yang didalangi oleh Yahudi. Rekod lain menyatakan, Jerusalem adalah tempat mastautin utama bangsa Yahudi, terletak di bawah kekuasaan Babylon. Antara pemerintah Babylon yang sering dikaitkan dengan Yahudi adalah Nebuchanezzar (604 – 561 B.C). Beliau marah apabila wakilnya ke Jerusalem dibunuh oleh orang Yahudi. Beliau mengambil keputusan menawan dan meruntuhkan Jerusalem. Manakala, ramai bangsa Yahudi yang tinggal di Jerusalem ditawan, dibunuh atau dibawa ke Babylon oleh raja itu. Antara yang menerima siksaan adalah Nabi Danial. Akibat tidak tertahan dengan siksaan yang diterima, Nabi Danial berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada Nebuchanezzar. Lalu, Allah menukarnya menjadi haiwan berkepala serigala dan bertubuh lembu yang hidup liar dalam hutan selama 40 hari. Selepas itu, beliau bertaubat dan memerintah selama 7 tahun. Beliau berhasrat melantik Nabi Danial sebagai pengganti beliau, namun ditolak dengan baik. Direkodkan juga mengenai Nebuchanezzar adalah cucu kepada Raja Nimrud atau Namrud yang memerintahkan supaya Nabi Ibrahim dibakar akibat sikap angkuh dan benci beliau pada dakwah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.
Pada tahun 538 sebelum Masihi, Babylon mengalu-alukan tentera Parsi yang dipimpin oleh Cyrus. Cyrus membenarkan seramai 50,000 orang Yahudi yang tinggal dalam buangan di Babylon kembali ke Jerusalem. Mereka tidak melepaskan peluang ini dan kembali segera ke bandar itu. Para nabi yang diutuskan pada masa itu adalah Ayyub dan Zakaria seperti dinyatakan dalam Catholic Encyclopedia: History of the Jews. Pada zaman ini, tapak Wall of Jerusalem atau Dinding Ratapan (Wailing Wall) dibina. Selepas itu, Babylon ditakluki oleh Alexander The Great yang meninggal pada 323 sebelum Masihi. Beliau menundukkan Darius III. Penaklukan itu mendedahkan hubungan langsung antara Yahudi dan tamadun Greek.
Pada zaman Rom diperintah oleh Julius Ceasar, Herod dilantik sebagai wakil Julius. Herod membawa kecemerlangan kepada bangsa Yahudi sebelum ia dipimpin sendiri oleh Nabi Isa. Sehingga ke zaman pemerintahan Calligula (37-
44 A.D), orang Yahudi hidup dalam suasana aman damai. Namun, Calligula memerintahkan supaya orang Yahudi memberi imbuhan kepada kerajaan beliau. Arahan ini ditentang oleh orang Yahudi dan mereka berhadapan dengan bahaya perang. Tetapi, mereka bernasib baik kerana Calligula sendiri terbunuh sebelum perang bermula. Pembunuhan dan penyingkiran terus berlaku ke atas Yahudi di Babylon dan Jerusalem dari semasa ke semasa. Pada suatu peringkat, mereka terpaksa berpindah ke Semenanjung Tanah Arab sekitar tahun 140 Masihi bagi mengelakkan kekejaman pemerintahan Rom. Mereka mendiami Yaman dan kemudiannya menjadikan Madinah sebagai pangkalan mereka di Semenanjung Arab serta beberapa kawasan lembah di Makkah.
Pada zaman permulaan Islam, Nabi Muhammad mendapati bangsa Yahudi di Madinah sering mengkhianati beliau dan menghalang usaha dakwah Islam secara keseluruhannya. Lalu, beliau menghalau semua bangsa Yahudi dari Madinah
selepas pengkhianatan Yahudi menyokong kafir Quraisy yang berhajat menyerang Madinah dalam peristiwa Perang Khandak. Rasulullah memerintahkan kepada orang Yahudi membayar cukai perlindungan daripada hasil pertanian
penduduk Lembah Khaibar dan Lembah al-Qura. Khalifah Islam pertama iaitu Abu Bakar menggunakan pendekatan berlembut dengan orang Yahudi dengan hanya meneruskan dasar yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Tetapi, Khalifah
Umar yang berjaya meluaskan jajahan Islam sehingga ke Iraq (Babylon), Parsi (Iran), Mesir dan Jerusalem mengenakan sekatan meluas kepada orang Yahudi. Walau bagaimanapun, sekatan itu tidak dilaksanakan sebaliknya Khalifah Umar memberi penghargaan dan beberapa kelonggaran kepada orang Yahudi di Babylon kerana membantu menakluki Parsi. Pada zaman Khalifah Ali, Yahudi mempunyai struktur masyarakat yang lebih tersusun. Mereka dibenarkan membuka sekolah pengajian kitab Talmud.
Di Eropah, nasib bangsa Yahudi jauh lebih buruk. Mereka terus terpinggir dan terhina walau di mana mereka berada. Di Sepanyol, kerajaan Kristian melarang sama sekali bangsa Yahudi daripada memiliki tanah dan rumah. Malah, tidak dibenarkan berdagang dan berjual-beli dengan penganut Kristian. Apabila komplot yang disokong Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan Egica didedahkan, seluruh bangsa Yahudi di Sepanyol dijadikan hamba. Anak-anak mereka yang berusia tujuh tahun ke atas diberi pendidikan Kristian. Kemudian, Yahudi membantu tentera Islam menjatuhkan Raja Roderic pada Julai 711 Masihi. Kerajaan Islam pimpinan Abdul Rahman ad-Dakhili yang melarikan diri daripada kerajaan Abbasiyah berjaya mendirikan kerajaan Islam Andalusia. Sebagai ganjaran, orang Yahudi diberi kebebasan dan keamanan yang mereka impikan.
Di Perancis, mereka diberi lebih banyak kebebasan. Malah, mereka menikmati pelbagai keistimewaan di bawah pemerintahan Louis I (814-840 Masihi) apabila seorang doktor berbangsa Yahudi bernama Zedekiah dilantik sebagai penasihat sulit beliau.
Di Jerman, selepas terpaksa membayar cukai khas kepada Raja, akhirnya Henry II (1002-1024) menghalau Yahudi yang tidak mahu bertukar agama dari Mainz.
Bangsa Yahudi di Eropah melalui sejarah hitam mereka semasa Perang Salib (1096-1298 Masihi). Di seluruh Eropah, beratus ribu bangsa Yahudi dibunuh oleh tentera Salib khususnya selepas Jerusalem ditawan pada 15 Julai 1099. Selepas itu mereka melalui tempoh aman sehingga Perang Salib Kedua. Tentera Kristian di England melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas Yahudi sempena pertabalan Richard I pada September 1189. Pada tahun 1210, Yahudi di England sekali lagi menjadi mangsa kekejaman golongan bangsawan Inggeris di bawah pemerintahan Raja John Lackland dan harta kekayaan mereka dirampas oleh Exchequer. Kemudian, Yahudi di Toledo, Sepanyol dihapuskan pada tahun 1212.
Pada abad ke-14, perang saudara yang melanda Jerman semasa pemerintahan Louis IV mengakibatkan orang Yahudi di negara itu hidup penuh sengsara khususnya di kawasan Alsace sehingga Swabia. Pada tahun 1337, Yahudi di Bavaria berhadapan dengan penghapusan etnik yang berleluasa sehingga ke Bohemia, Moravia dan Austria walaupun cuba dihalang oleh Benedict XII. Di Sepanyol, Henry III menyerang bandar Castile dan Aragon sehingga ke pulau Majorca dan memaksa ramai bangsa Yahudi menganut Kristian.
Keadaan di Perancis, Itali, England, Jerman dan Sepanyol tidak banyak berubah sehingga mereka dihalau beramai-ramai keluar dari Sepanyol pada penghujung abad ke-15. Mereka diusir keluar dari Itali pada tahun 1541, Naples, tahun 1550, Genoa, tahun 1569 dan semua bandar kecuali Rom dan Ancona, tahun 1597. Mereka menetap di wilayah jajahan kerajaan Uthmaniah. Mereka menikmati hidup yang aman daripada layanan diberi khususnya semasa pemerintahan
Sultan Salim II, pada tahun 1556 hingga 1574 dan sultan berikutnya iaitu Sultan Amurath III, Sultan Muhammad III dan Sultan Ahmad I. Pada tahun 1580, orang Yahudi tiba di Amsterdam dan memberi sumbangan besar pada kekayaan
dan kemakmuran negara itu. Mereka juga mula diiktiraf sebagai warga England sesudah dibuang negeri sejak 1290. Di Poland, pemerintah Ukraine yang dikenali sebagai Cossack menakluki Poland dan melakukan pembersihan etnik ke atas bangsa Yahudi pada tahun 1648. Dalam tempoh 10 tahun, dianggarkan seramai 200,000 orang Yahudi dibunuh dan mereka hidup dalam keadaan yang daif di negara itu.
Penglibatan di benua Amerika bermula apabila mereka membantu Belanda menakluk Brazil pada tahun 1624. Selepas penaklukan Belanda berakhir pada tahun 1650, mereka bertebaran di merata tempat di benua itu seperti Guadalope, Martinique dan Cayenne dan ada juga pulang ke Belanda atau mendiami New Amsterdam yang dikenali sebagai New York pada hari ini. Ini adalah generasi perintis yang mendiami New York sehingga kini. Pada abad ke-18, permusuhan terhadap orang Yahudi mula berkurangan atas beberapa faktor. Antaranya pengaruh meluas yang dimiliki oleh Moses Mendelssohn (1726-1786). Begitu juga faktor pembelaan berkesan oleh penulis beragama Kristian bernama Dohm melalui karya beliau bertajuk Upon the Amelioration of the Condition of the Jews. Beliau menyarankan supaya kelonggaran tekanan dan penyisihan ke atas orang Yahudi seperti yang dilaksanakan oleh Raja Austria, Joseph II diterima
pada tahun 1781. Begitu juga di Perancis dan Prussia di mana Louis XVI dan William menghapuskan cukai kepala ke atas orang Yahudi.
Revolusi Perancis pada tahun 1789 membuka peluang kepada bangsa Yahudi bertapak kukuh di negara itu. Pada tahun 1790, Majlis Parlimen Kebangsaan memberi kewarganegaraan kepada bangsa Yahudi diikuti oleh hak sivil pada tahun
1791. Semasa Napoleon berkuasa, orang Yahudi mula mengukuhkan kedudukan mereka di England. Mereka mula mengumpul kekayaan yang tidak terhad bermula dari era ini. Hanya pada tahun 1858, dengan kuasa wang mereka berjaya menyelinap masuk ke Parlimen dan menghapuskan petikan pada fasal dalam perlembagaan negara tentang ‘… hanya penganut Kristian sahaja dibenar memegang jawatan.’ Selepas itu, bukan sahaja di England,malah di kebanyakan negara Eropah sekatan dan penyisihan terhapus sama sekali bermula dari tahun 1870. Kedamaian ini membuka peluang sekali lagi kepada mereka kembali ke Palestin. Bilangan mereka bertambah kepada 78,000 orang pada penghujung
abad ke-19 walaupun berhadapan dengan sekatan dan larangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Uthmaniah.
Theodore Herzl menggariskan Protokol Yahudi dalam satu Persidangan Yahudi Antarabangsa di Basel, Swizerland pada tahun 1896. Empayar British menggalakkan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin dari tahun 1917 - 1948 berdasarkan kepada Perjanjian Balfour 1917. Mereka dipengaruhi oleh Zionis yang melobi bagi mendapatkan penempatan tetap di negara itu bagi melaksanakan cita-cita menubuhkan negara sendiri sesudah mereka tidak diterima di negara-negara lain. Perpindahan besar-besaran orang Yahudi ke Palestin terus berlaku apabila Nazi berkuasa di Jerman semasa dan selepas Perang Dunia Kedua. Penghijrahan orang Yahudi dari seluruh dunia masih lagi berlaku sehingga kini.
Fahrin memandang siling biliknya. Keluhan dilepaskan tetapi tidak membantu melegakan dada. Fikirannya kembali teringat realiti pahit tidak terduga. Rengusan Fahrin kedengaran buat kali ke-22. “Rumah Merah sepatutnya menguasai Sri Bangsar!” Kata-kata itu berulang-ulang dalam kepala. Hingga membuatkan Fahrin menjerit melepaskan kegeramannya. “ARGHHHHHH! MALUNYA!” Kemarahan dan kekecewaan tidak mampu dileraikan. Dia perlu menebus maruah dirinya sebagai kapten rumah Merah! “Aku mesti buktikan, aku kapten rumah Merah yang paling hebat antara semua!” “Aku mesti pastikan rumah Merah jadi juara!”
Keputusan ranking semasa rumah sukan Sekolah Sri Bangsar sudah diketahui! Ianya membuatkan empat kapten makin berlumba-lumba mengejar kejuaraan. Sengit sungguh pertarungan terakhir merebut RM25,000 yang berlangsung di stadium itu. Namun tiada siapa menyangka, satu kejutan besar berlaku. Hingga membuatkan semua empat kapten terduduk dan tidak bangun-bangun lagi! Betty pula bertindak sebagai Superwoman. Cuba menyelamatkan keadaan dan perbuatan sabotaj yang berleluasa sekali. Namun tanpa sedar, tindakannya menjerat diri. Apakah nasib Betty? Siapa pula juara sukan tahun ini? Ketahui segalanya dalam buku berkembar Perang Rumah Sukan!
Sudah menjadi tradisi, sukan Sekolah Sri Bangsar menjelma lagi! Semua pelajar teruja. Semua atlet mula memanaskan otot mereka. The Wannababes, tujuh ahli sorak paling popular turut tidak ketinggalan membeli segala krim mahal demi melindungi kulit dan kekal glamor! Tahun ini ada kelainan yang sungguh ketara. Ganjaran RM25,000 menanti juara. Itu membuatkan rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning berentap hebat tidak terkira! Fahrin selaku kapten rumah Merah ada ego yang perlu dipertahankan. Dalam hidupnya, dia tidak pernah kenal erti kalah. Oleh itu, dia nekad merampas kejuaraan dari rumah Biru!
Tengku Affin pula tenang dalam berjaga-jaga. Oh! Jangan dilupa kebangkitan kapten rumah Kuning dan Hijau yang juga punya taring berbisa! Bettylina selaku ketua buletin pula mahu beri liputan terbaik tentang sukan sekolah dalam buletin jilid kedua. Namun tanpa diduga, ada cabaran lain menantinya. Ada mata jahat memerhatikan setiap tindak-tanduknya. Paling kecoh, kemeriahan sukan Sekolah Sri Bangsar bertukar haru. Ada unsur sabotaj berlaku! Kini semua saling tuduh menuduh dan mencetuskan ‘Perang Rumah Sukan’ Sri Bangsar!
Buku resepi senangnya memasak..makanan barat menghidangkan 23 resipi makanan barat yang menjadi pilihan seisi keluarga. Ia disertakan dengan gambar langkah demi langkah yang mudah dan praktkal. Resipi-resipi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan.
1. Coleslaw
2. Garden Salad
3. Kentang Wedges
4. Kentang Oregano
5. Salad Kentang
6. Salad Makaroni dan Ayam
7. Coney Dog
8. Pai Sherperd
9. Pai Crustless
10. Fish & Chip
11. Makaroni Bakar
12. Spageti Bolognese
13. Spageti Bebola Daging
14. Penne Goreng
15. Fettucinni Carbonara
16. Ayam Panggang Sumbat Lemon
17. Ayam Panggang Oregano
18.Ayam Goreng Ala KFC
19. Chicken Chop Lada Hitam
20. Stik Daging Lembu
21. Lamb Chop BAwang Putiih
22. Sosej Kacang Panggang
23. Salmon Panggang dengan Sos Oren
Siapa sangka kejayaan YouTube hanya bermula dari garaj? Tiga pemuda iaitu Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed karim membuktikannya! Tidak ada istilah Impossible, hanya I am possible. Segala-galanya berkemungkinan. Kekurangan bukan halangan dan cabaran sedia ditakluki. Tiga pengasas YouTube ini berjaya menggempur dunia maya.
Hari ini, siapa yang tidak mengenali laman web yang dikunjungi sekitar 20 juta pengunjung sebulan? Setiap hari, kira-kira 65 000 video baru diupload dan 100 juta klip video ditonton oleh pengunjung dari seluruh pelosok dunia. Warner Music, Universal Music Group dan Sony BMG Music mempercayai kehebatan YouTube dan tanpa sangsi menyediakan material bagi laman web ini. Malahan, Warner membenarkan YouTube menggunakan lagunya bagi video ciptaan mereka.
Chad, Steven dan Jawed memulakan langkah cemerlang yang berjaya melonjakkan nama mereka. Buku ini pasti dapat membawa anda menelusuri kisah mereka. Bersediakah anda menyelak tabir YouTube dan mendapat inspirasi seterusnya berjaya dalam kehidupan?
Pengantar Penulis
Penerbitan Buku ini bertujuan berkongsi idea dan pandangan tentang keperluan melaksanakan program bimbingan bagi menangani masalah dalam kalangan remaja.
Buku ini juga menyediakan garis panduan yang lengkap dalam fasa merancang, melaksana dan menilai keberkesanan program kem motivasi.
Antara kandungan yang menarik perhatian adalah:
*Pemilihan Kawasan Kem
*Keperluan Fasiliti
*Peralatan dan Keperluan
*Peruntukan dan Perbelanjaan
*Sumber-sumber Kewangan
*Pemilihan Peserta
*Program dan Aktiviti
*Jurulatih dan Pemudah Cara
Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Turut dimuatkan adalah penerangaAn langkah demi langkah tentang pengurusan Kem Motivasi dari peringkat perancangan, pelaksanaan dan juga peringkat penilaian.
Prakata ix
Bab Satu : Pengenalan
Definisi Motivasi 1
Kelebihan Motivasi 3
Kepentingan Motivasi 7
Melentur Buluh Biar dari Rebungnya 9
Bab Dua : Langkah Awal Merealisasikan Program
Pengisian Program 13
Aktiviti Utama 14
Bab Tiga : Merealisasikan Kem Motivasi
Pemilihan Kawasan Kem 23
Keperluan Fasiliti 25
Peralatan dan Keperluan 28
Peruntukan Perbelanjaan 31
Sumber-sumber Kewangan 32
Pengangkutan 34
Menu 35
Publisiti 37
Cenderamata dan Penghargaan 38
Pensijilan dan Hadiah 39
Pemilihan Peserta 40
Program dan Aktiviti 40
Jurulatih dan Pemudah Cara 41
Bab Empat : Pra-perlaksanaan Kem Motivasi
Peringkat Perancangan 43
Peringkat Awal Pelaksanaan Perancangan 44
Panggilan Mesyuarat Induk Kali Pertama 44
Mesyuarat AJK Kecil 45
Mesyuarat Induk Kali Kedua 46
Tindakan-tindakan Susulan 47
Sistem Fail 48
Dokumentasi 50
Penilaian 50
Pensijilan 50
Laporan 50
Penyata Kewangan 51
Bab Lima : Contoh Aktiviti Kem Motivasi
Jenis-jenis Aktiviti Dalaman 53
Aktiviti-aktiviti Luaran 63
Bab Enam : Prosedur Keselamatan dan Kecemasan
Jenis-jenis Kecemasan 69
Alat Bantu Mula (First Aid Kit) 74
Bab Tujuh : Penilaian Keberkesanan Kem Motivasi Konsep Penilaian 75
Senario dalam Penilaian Masa Kini 76
Peranan Penilaian 77
Model Perkembangan dan Penilaian 79
Proses penilaian 81
Pengumpulan Data 86
Analisis Maklumat 87
Penulisan Laporan 88
Kesimpulan 88
Bab Lapan : Penilaian Nilaian Keberkesanan Kem Motivasi 97
Kesan-kesan Psikologi pada Remaja 99
Kesedaran Tentang Potensi Diri 104
Kebolehan Mengawal Tekanan 105
Kebolehan Mencipta dan Merebut Peluang 106
Kebolehan Menstabilkan emosi 106
Kebolehan Mempunyai Inisiatif 107
Kebolehan Menyelesaikan Masalah 107
Kebolehan Mengenal Allah 108
Bab Sembilan : Penutup Lampiran 117
Rujukan 159 Indeks 161
Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.
Prakata
Resume Muhammad bin Abdullah
BAHAGIAN 1 Segalanya Bermula Di Sini
Jejak 1. Pembinaan Diri Nabi Sebagai Usahawan
Jejak 2. Bagaimana Nabi Membangun Prospek
BAHAGIAN 2 Pengurusan Cara Nabi
Jejak 3. Pengurusan Strategik Rasulullah
Jejak 4. Bagaimana Nabi Mengurus Mesyuarat
Jejak 5. Mengurus Masa Optimum
Jejak 6. Strategi Perjanjian Hudaibiyah
Jejak 7. Pengurusan Hutang Menurut Islam
Jejak 8. Nabi Mengurus Risiko
Jejak 9. Strategi Penjimatan Semasa Krisis
Jejak 10. Nabi Mengurus Tekanan Perasaan (Stress) dan Kesihatan
BAHAGIAN 3. Perhubungan Awam (PR) Gaya Rasulullah
Jejak 11. Nabi Mencipta Pengaruh
Jejak 12. Komunikasi Mesra Nabi
Jejak 13. Nabi Mengurus Perhubungan Awam (PR)
BAHAGIAN 4. Pemasaran Muhammad
Jejak 14. Konsep Pemasaran
Jejak 15. Segmentasi Pasaran
Jejak 16. Berlainan Menurut Islam
Jejak 17. Promosi Ala Rasulullah
Jejak 18. Nabi Memilih Strategi Menyerang (Offensive Strategy)
Jejak 19. Nabi Membina Pertahanan (Defensive Strategy)
Jejak 20. Pemasaran Internet
Jejak 21. Jualan Kombat (Combating Sale)
Jejak 22. Strategi Perang Khalid Al-Walid
Jejak 23. Pasaran Global
BAHAGIAN 5. Persaingan Zaman Nabi
Jejak 24. Kompetensi Zaman Nabi
Jejak 25. Nabi Memilih antara Dua Umar
Jejak 26. Khidmat Pelanggan
Jejak 27. Nabi Memimpin Inovasi
BAHAGIAN 6. Penjenamaan Menurut Sunah
Jejak 28. Muhammad dalam Melakukan Positioning Jenama
Jejak 29. Nabi Melakukan Positioning Pemimpin
Jejak 30. Penjenamaan Global
BAHAGIAN 7. Nabi dan Sumber Manusia
Jejak 31. Nabi Mengurus sumber Manusia
Jejak 32. Strategi Penetapan Gaji
Jejak 33. Mencipta Identiti dan Budaya Kerja
Jejak 34. Memahami Kepelbagaian Budaya
BAHAGIAN 8. Rakan Strategik Pilihan Nabi
Jejak 35. Outsourcing cara Rasulullah
Jejak 36. Strategi Memilih Rakan Niaga
BAHAGIAN 9. Tanggungjawab Sosial (Corporate Social Responsibility-CSR)
Jejak 37. Harta yang Wajib dibelanjakan
Jejak 38. Kuasa Seribu Dinar
Jejak 39. Halal dan Haram dalam Bisnes
Jejak 40. Al-Quran Memerangi Riba Kit Pengenalan Konsep Bisnes dalam Islam Rujukan
Nydia Nadra binti Mahmud diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara Terendak, Melaka. Terendak? Semua orang tahu Terendak adalah kem askar. Sebut sahaja kem askar perkara pertama yang terbayang dalam fikiran adalah jeritan daripada komander. Bagaimana Nydia berhadapan dengan semua itu? Mampukah dia bertahan? Apa kaitan bintang dalam cerita ini?
Pada setiap yang berlaku, Tuhan ada sebabnya. Pada setiap sebab yang manusia fahami, Tuhan ada hikmahnya. Itu kisah yang terpapar dalam novel ini, sebuah novel yang sarat dengan makna sederhana, perjuangan dan pengorbanan.
Bermula kisahnya pada saat Ramadan, lelaki sederhana yang masih basah matanya dengan kematian ayahnya, dijemput ke kota bagi menjadi imam di sebuah surau yang lesu.
Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.
Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut. Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna.
Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan khalifah al Rasyidin
Buku Ingin Jadi Super Upline? memimpin anda selangkah demi selangkah ke arah menjadi Super Upline. Waktu itu, setiap orang di sekeliling pasti menjadikan anda sebagai idola mereka. Jika anda pernah bergelar penggiat MLM, mungkin anda pernah berhabis ratusan ringgit untuk menaja downline. Anda juga mungkin pernah meredah lembah gunung beratus kilometer serta berpanas hujan untuk merekrut. Namun, semua pengorbanan itu sia-sia sahaja? Jika anda baru berjinak-jinak untuk menyertai MLM, mungkin banyak mitos dan khabar buruk yang diceritakan kepada anda. Mungkin juga anda belum cukup bersedia untuk bergelar upline disebabkan kurangnya keyakinan diri. Bagaimana boleh jadi begitu? Berhenti mendengar tohmahan itu. Jawapannya ada di tangan anda sekarang. Siri Mega Leader MLM merangkumi tiga judul berikut: Prospek dan Taja – Fasa mula, memahami kekuatan dalam MLM. Bimbing dan Komunikasi – Fasa optimum, mencantum sinergi upline - downline. Ingin Jadi Super Upline? - Fasa klimaks, menjadi upline yang luar biasa. Rozani Pawan Chek, terkenal sebagai pakar kuasa minda dan pengamal aura MLM. Penulis Kuasa Minda Separa Sedar yang laris sebelum ini adalah seorang yang berpengalaman luas dalam memotivasikan penggiat MLM dan dianggap pencetus revolusi dunia MLM di Malaysia. Siri Mega Leader MLM ini diharap dapat menjawab apa sebenarnya maksud istilah Mega Leader dalam MLM.
Tip #: Wang dalam MLM.
Tip #: Cara Hindari kegagalan.
Tip #: Harapkan lebih baik.
Tip #: Bina keyakinan.
Tip #: 10 Api yang marak (wildfire) dalam MLM.
Tip #: Empat jenis manusia.
Tip #: 5 Rahsia menang dalam perjuangan.
Tip #: Pengurusan tekanan.
ip #: Rahsia memotivasikan downline.
Tip #: Bekerja Secara Smart.
Tip #: Fikirkan…
Tip #: Buat yang betul.
Tip #: Rancang untuk menang.
Tip #: Bina kepercayaan.
Tip #: Fanatisme tidak akan berjaya.
Tip #: Bagaimana berlakunya duplikasi?
Tip #: Kuasa duplikasi.
Tip #: Bagaimana hendak gagal.
Tip #: Percaya dan yakin tanpa batasan.
Tip #: Kuasa Ketabahan hati.
Tip #: Rahsia besar mengapa gagal dalam MLM.
Tip #: 4 perkara tentang matlamat.
Tip #: Kuasa perasaan positif.
Tip #: Buat post mortem.
Tip #: Usaha, usaha dan usaha lagi.
Tip #: 4 Teknik luar kotak.
Tip #: Sasaran (goal) masa hadapan.
Tip #: KOS
Tip #: Orang yang Paling Bijak dalam MLM.
Tip #: Utamakan Pemikiran.
Tip #: Pemikiran Positif.
Tip #: Kuasa Intuisi.
Tip #: Hanya lihat kejayaan.
Tip #: Hapuskan segera ketakutan
Tip #: Anda menentang ombak dan angin.
Tip #: Anda bukan penunda.
Tip #: Prinsip M.O.N.E.Y.
Tip #: Kalau bonus anda turun.
Tip #: 7 kunci sikap positif.
Tip #: 10 sikap berfikiran positif.
Tip #: Jangan sekali-kali salahkan…
Tip #: Sukses dalam MLM.
ip #: Bagaimana berfikir sebagai pemenang.
Tip #: 13 Jangan.
Tip #: Percaya diri (self confident).
Tip #: Motivasi.
Tip #: Berfikir arah lawan jam.
Tip #: Kuasa kesabaran dan ketabahan hati.
Tip #: SWOT Tip #: 5 cara berfikir pemenang.
Tip #: Kuasa minda .
Tip #: Self talk.
Tip #: Kata-kata semangat…..
Tip #: Tulis pada kertas.
Tip #: Pemenang lawan yang kalah.
Bimbing dan Komunikasi, membawa anda mengenali dan mahir menggunakan senjata terhebat, iaitu komunikasi. Gabungan kekuatan upline-downline pasti membuahkan kejayaan dalam MLM. Jika anda pernah bergelar penggiat MLM, mungkin anda pernah berhabis ratusan ringgit untuk menaja downline. Anda juga mungkin pernah meredah lembah gunung beratus kilometer serta berpanas hujan untuk merekrut. Namun, semua pengorbanan itu sia-sia sahaja? Jika anda baru berjinak-jinak untuk menyertai MLM, mungkin banyak mitos dan khabar buruk yang diceritakan kepada anda. Mungkin juga anda belum cukup bersedia untuk bergelar upline disebabkan kurangnya keyakinan diri. Bagaimana boleh jadi begitu? Berhenti mendengar tohmahan itu. Jawapannya ada di tangan anda sekarang. Siri Mega Leader MLM merangkumi tiga judul berikut: Prospek dan Taja – Fasa mula, memahami kekuatan dalam MLM. Bimbing dan Komunikasi – Fasa optimum, mencantum sinergi upline - downline. Ingin Jadi Super Upline? - Fasa klimaks, menjadi upline yang luar biasa. Rozani Pawan Chek, terkenal sebagai pakar kuasa minda dan pengamal aura MLM. Penulis Kuasa Minda Separa Sedar yang laris sebelum ini adalah seorang yang berpengalaman luas dalam memotivasikan penggiat MLM dan dianggap pencetus revolusi dunia MLM di Malaysia. Siri Mega Leader MLM ini diharap dapat menjawab apa sebenarnya maksud istilah Mega Leader dalam MLM.
Asas Terpenting dalam MLM
Tip 1: Francais Manusia.
Tip 2: Lima Jenis Bantuan.
Tip 3: Apa Itu Servis?
Tip 4: Konsep 80/20.
Tip 5: Meeting.. Meeting.. Meeting..
Tip 6: Pentingnya Mesyuarat dan Latihan.
Tip 7: Mengendali Meeting. Peranan Upline
Tip 8: Leader dalam MLM.
Tip 9: Apa yang perlu ada pada leader.
Tip 10: Komitmen Leader.
Tip 11: Leader Hebat.
Tip 12: Upline Kelas Satu.
Tip 13: Kekuatan Dalaman Upline.
Tip 14: Apa Upline Wajib Buat dalam MLM?
Tip 15: Realiti Kepimpinan.
Tip 16: Kualiti si “helpman”
Tip 17: Melajukan Downline.
Tip 18: Sentuh, dan Tukar.
Tip 19: Menjadi Pemimpin Proaktif. Peranan Downline
Tip 20: Carilah upline yang lebih tinggi.
Tip 21: Mendalam
Tip 22: Taja Gaya Mencucuk Sate.
Tip 23: Taja Gaya Melebar.
Tip 24: Fokus dalam MLM.
Tip 25: Bina Kumpulan Paling Kukuh.
Tip 26: Komitmen ketika Merekrut.
Tip 27: Teknik 5C.
Tip 28: Setelah Kumpulan Menjadi Kukuh.
Tip 29: Duplikasi. Komunikasi Upline-Downline
Tip 30: Cinta Pandang Pertama.
Tip 31: Skil Komunikasi.
Tip 32: Komunikasi yang Gagal Menjual.
Tip 33: Seni Komunikasi Magnet.
Tip 34: Personaliti Magnetik.
Tip 35: Teknik 10E.
Tip 36: Sentiasa Tee-Up.
Tip 37: Pujian Ikhlas.
Tip 38: ROME.
Tip 39: Nak duit harus Do IT.
Prospek dan Taja, fokus kepada pembinaan benteng dalam MLM. Bermula dari gaya berfikir, menyelami asam garam dalam MLM, kemudian bertindak memprospek dan menaja secara berstrategi. Sekiranya anda pernah bergelar penggiat MLM, anda mungkin pernah menaja downline, meredah lembah dan gunung, beratus kilometer serta berpanas dan berhujan bagi merekrut. Adakah pengorbanan itu sia-sia sahaja? Sekiranya anda baru berjinak-jinak mahu menyertai MLM, mungkin banyak mitos dan khabar yang diceritakan kepada anda. Mungkin juga anda belum cukup bersedia mahu bergelar upline. Adakah anda kurang keyakinan diri? Bagaimana boleh jadi begitu? Berhenti mendengar tohmahan itu. Jawapannya ada di tangan anda sekarang. Siri Mega Leader MLM merangkumi tiga judul berikut: Prospek dan Taja – Fasa mula, memahami kekuatan dalaman MLM. Bimbing dan Komunikasi – Fasa optimum, mencantum sinergi upline - downline. Ingin Jadi Super Upline? - Fasa klimaks, menjadi upline yang luar biasa.
Sekapur Sirih.
Set Pemikiran MLM
Tip 1: Tidak.. Tidak.. Tidak.. Ya.
Tip 2: Halangan Luaran.
Tip 3: Modul Asas dalam MLM.
Tip 4: Strategi Sukses dalam MLM.
Tip 5: Anggap MLM “Full Time”.
Tip 6: MLM Bukan “Show Business”.
Tip 7: Pelanggan Berulang.
Tip 8: Servis Lepas Jualan. Asam Garam dalam MLM
Tip 9: Kenali Orang Jenis Negatif.
Tip 10: Alasan dan jawapan.
Tip 11: Tumbangkan Tentangan.
Tip 12: Cara Halus Hadapi Tentangan.
Tip 13: Rahsia Penolakan.
Tip 14: Rahsia Mengurangkan penolakan.
Tip 15: Menaja Orang yang Pernah Gagal.
Tip 16: Beri Peluang kepada Orang Lain.
Tip 17: Bila Pelanggan Marah.
Tip 18: Elak Tersalah Sasaran.
Tip 19: Rasa Kecewa? Prospek dan Taja
ip 20: Memprospek Si Jaguh.
Tip 21: Buat Senarai.
Tip 22: Prospek, Rekrut dan Tajaan.
Tip 23: Merekrut Secara Online.
Tip 24: Rahsia Master dalam Memprospek.
Tip 25: Rahsia Memprospek.
Tip 26: Memulakan Perbualan.
Tip 27: Cara Terbaik ketika ‘presentation’.
Tip 28: Dapatkan Keuntungan dari Perbualan.
Tip 29: Realiti Prospek.
Tip 30: Ketuk Hati, Bukan Ketuk Pintu.
Tip 31: Kuasa Memprospek.
Tip 32: Pecahkan Tembok.
Tip 33: Empati pada Prospek.
ip 34: Teknik Donald Trump.
Tip 35: Teknik SW SD SW N.
Tip 36: Teknik AQRSC.
Tip 37: Terus Jalin Perhubungan.
Dalam prequel ini, Bakti mendapat tahu bagaimana dia mendapat kuasa luar biasa yang dia miliki sejak lahir lagi. Pada mulanya Bakti sentias bersedih dengan nasib dirinya yang malang itu. Tetapi semangat yang diberikan oleh Cikgu Zul, guru yang mengajar Bakti di rumah membuat dia bangkit semula. Dalam siri ini juga, Bakti mula berkawan dengan budak-budak yang sebelum ini adalah musuhnya. Dia bukanlah seorang yang suka berdendam. Walaupun musuhnya itu selalu menegenakan dia, tetapi dia tetap menerima mereka semula. Kasut saraf yang Bakti temui pada suatu hari adalah kasut yang ajaib. Bakti begitu menyayangi kasut itu. Apa yang ada pada kasut itu? Dapatkan buku ini bagi mengetahu jawapannya.
Asya Emelda dan Maisarah adalah pelajar ambilan kedua tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tengku Basyirah, sebuah sekolah berasrama penuh. Imtiyaz dan Rozita pula pelajar tingkatan 1 ambilan pertama, jadi mereka merasakan mereka mempunyai kuasa membuli pelajar baharu seperti Asya Emelda dan Maisarah. Atas inisiatif Asya Emelda yang mahu berbaik-baik dengan Imtiyaz dan Rozita, mereka akhirnya berkawan baik.
Memasak Sehebat Chef - Bubur menampilkan 23 resipi bubur pilihan dua orang chef berpengalaman. Buku ini mengandungi enam bonus tambahan seperti bahan-bahan yang mudah didapati gambar langkah demi langkah hidangan untuk berapa orang masa penyediaan kurang 30 minit masa memasak yang praktikal tip berguna berkaitan resipi.
1) Bubur Jagung
2) Bubur Kacang Merah
3) Bubur Ubi Delima
4) Bubur Sagu Telur Ikan
5) Bubur Kacang Hijau
6) Bubur Wadai Kepeng
7) Bubur Nasi Bersayur
8) Bubur Sagu Bermadu
9) Bubur Wadai Kepeng Buah-buahan
10) Bubur Beras Barli
11) Bubur Labu, Keladi dan Keledek
12) Bubur Gunting
13) Bubur Ala Buah Melaka
14) Bubur Pulut Hitam
15) Bubur Lemak Manis
16) Bubur Siti Asa
17) Bubur Barli Berkacang
18) Bubur Pengat Durian
19) Bubur Roti Kapai
20) Bubur Nasi Jannah
21) Bubur Nasi Jagung
22) Bubur Durian Muda
23) Bubur Labu Manis
Memasak Sehebat Chef - Sup menampilkan 23 resipi sup pilihan dua orang chef berpengalaman. Buku ini mengandungi enam bonus tambahan seperti bahan-bahan yang mudah didapati gambar langkah demi langkah hidangan untuk berapa orang masa penyediaan kurang 30 minit masa memasak yang praktikal tip berguna berkaitan resipi.
1) Sup Sotong
2) Sup Belut
3) Sup Tauhu
4) Sup Kambing
5) Sup Ayam Kampung
6) Sup Ayam Endon
7) Sup Daging Cincang
8) Sup Telur
9) Sup Ikan
10) Sup Ikan Haruan
11) Sup Kaki Lembu
12) Sup Arnab Bidor
13) Sup Kailan dengan Udang
14) Sup Sayur Jannah
15) Sup Ketam Amirr
16) Sup Kentang Udini
17) Sup Kaki Ayam
18) Sup Kepala Ikan Pelotan
19) Sup Telur Puyuh
20) Sup Ekor
21) Sup Perut
22) Sup Cendawan dan Isi Ayam
23) Sup Bebola Ikan
<!-- @page { size: 8.5in 11in; margin: 0.79in } P -->
Cempaka, pencinta sastera, bahasa dan budaya Melayu yang jatuh cinta kepada Dr. Arjuna.
Imran Baihaqi, ustaz hafiz al-Quran yang meminati kesusasteraan Melayu dan jatuh cinta pada Cempaka.
Lukmanulhakim, wartawan muda yang meminati kisah-kisah romantis dan mencintai Cempaka.
Dr. Arjuna, pensyarah bahasa dan kesusasteraan dari Indonesia yang sudah beristeri tetapi jatuh cinta pada Cempaka.
Siapakah akan menjadi pilihan Cempaka?
Usahlah bersedih hati. Dunia ini memang begitu sifatnya. Ketajaman akal kekadang tidak mampu merobah yang sudah tertulis....
Tidak ada kisah cinta yang biasa. Setiap kisah cinta adalah istimewa. Kelvin, lelaki mualaf yang menjadi cinta pertama Manisah. Halangan keluarga membawa harum kasih Manisah ke sudut derita dalam kisahnya. Pada saat itu, muncul Soefjan, lelaki yang punya kunci untuk harumnya kasih Manisah.
Lalu bagaimana harum kasih Manisah? Terus hilang dibawa angin atau terus harum mewangi.
Setiap manusia dambakan kesihatan.
Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.
Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.
Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.
Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini.
SEBUAH DUNIA IMAGINASI MENJADI NYATA
Semuanya bermula ketika dia terjumpa sebuah buku. Buku itu membawanya ke alam yang tidak terduga. Alam ini menemukannya dengan maharaja yang amat jahat. Juga menemukannya dengan sumpahan keras yang amat zalim.
Namun dia langsung tidak menduga tatkala penghuni alam itu memandangnya sebagai penyelamat. Maka bermulalah kembaranya merentas alam fantasi itu mencari satu-satunya pedang yang boleh membunuh maharaja zalim itu.
Kembara ini tidak semudah yang disangka. Makhluk mistik, ahli sihir jahat dan gerombolan tentera musuh menanti. Namun dia dibantu teman-teman yang berjuang di sisi.
Gendang perang sudah dipalu. Terpulang pada Pahlawan Adamus untuk menamatkannya.
Meon dan rakan-rakan selalu membuat aktiviti kampung bersama-sama. Suatu hari, mereka bersepakat mahu bermain perang-perang menggunakan senapang kayu. Peluru senapang kayu itu adalah biji terung manggor. Pelbagai peristiwa menarik berlaku sepanjang aktiviti itu.
Tahukah anda, malam adalah waktu yang dahsyat dan menakjubkan?
Malam adalah waktu yang ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan.
Di sebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kenmanisan iman.
Rasulullah melalui peristiwa israk dan mikraj pada waktu malam. Allah memberikan petunjuk kepada Nabi Musa pada waktu malam. Nabi Ibrahim menemui hakikat Tuahn pada waktu malam. Quran dan kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam. Bahkan banyak lagi deretan peristiwa spiritual yang dahsyat berlaku dalam kepekatan malam.
Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan dan kemuliaan yang diberikan Allah pada waktu malam khususnya bagi umat Islam.
Melepaskan diri dari ikatan tali?
Psikik pensel ajaib? Tali menembusi leher?
Kotak mancis hidup? Badan terapung?
Badan magnet? Ibu jari menembusi telinga?
Cakera padat terapung-apung?
Putaran misteri?
Selamat mengembara dalam dunia realiti dan ilusi.
Antara realiti dan ilusi yang ada hanyalah...MAGIK..
Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing. Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.
1. Kamus Tuhan
2. Duta Islam ke Mesir
3. Menyingkap Rahsia Dua Sayap
4. Suara Langit
5. Serigala Bercakap
6. Bekas Hamba
7. Kenderaan Nabi Muhammad
8. Duta Islam ke Oman
9. Anak yang Soleh
10. Tok Bomoh
11. Aktivis Politik
12. Lidah Lebih Tajam daripada Pedang
13. Lelaki Kacak
14. Duta Islam ke Syria
15. Gurau Senda Nabi Muhammad dengan Para Sahabat
16. Tidak Mahu Berkahwin
17. Suci Diri
18. Pintu Taubat Masih Terbuka
19. Menanti Keampunan Tuhan
20. Tuan Penasihat
21. Cahaya Permata
22. Bayi Pertama Hijrah
23. Takut Jadi Berani
24. Saudagar Kambing
25. Didakwa Berhala
26. Empat Kerisauan
27. Si Bapa Kucing
28. Tokoh Korporat
29. Saudagar Kurma
30. Musuh Menjadi Kekasih
31. Pahlawan Jin
1. Cuti Sekolah Bermula 2. Anjing sebesar Gajah 3. Alif Jadi Bos 4. Solat Betul-betul 5. Pakcik Johan Naik Angin 6. Akibat Fitnah
Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik - “Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji - “Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm - “Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim - “Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -
Kata Pengantar Bab 1 Sejarah Muhammad Bin Abdullah Bab 2 Dakwah pada Zaman Mekah Bab 3 Hijrah ke Habsyah Bab 4 Hijrah ke Madinah Bab 5 Peperangan Badar Bab 6 Peperangan Khandak Bab 7 Peperangan Keturunan Quraizah Bab 8 Perjanjian Hudaibiah Bab 9 Peperangan Khaibar Bab 10 Perutusan Muhammad kepada Pemerintah Bab 11 Pembukaan Kota Mekah Bab 12 Peperangan Hunain Bab 13 Peperangan Tabuk Bab 14 Muhammad Meninggal Dunia Glosari Indeks
<!-- @page { size: 8.5in 11in; margin: 0.79in } P -->
'Apa Kata Islam Mengenai Manusia dan Alam' menghuraikan pelbagai aspek berkaitan dengan hidup manusia sebagai khalifah di dunia. Buku ini menyentuh mengenai peranan manusia dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir alam ini. Antara kupasan menarik dalam buku ini seperti:
Aset paling bernilai kepada manusia di seluruh alam dan menjadi panduan lengkap bagi menjalani kehidupan seharian adalah al-Quran.
Umat Islam hilang kuasa kepimpinan di peringkat antarabangsa apabila meninggalkan hukum Allah.
Modal insan yang berteraskan nilai-nilai Islam berjaya mempersiapkan individu yang mampu mendepani segala permasalahan sosial.
Kekufuran tidak menghalang seseorang itu daripada mendapat keadilan Islam.
Raisya dan Rayyan pasangan kembar yang kehilangan ibu sejak kecil lagi. Zulfa, tempat mereka menumpang kasih. Tetapi Zulfa terpaksa meninggalkan mereka berdua buat seketika bagi menyambung pelajaran. Suatu hari, tanpa diduga mereka terjumpa ayah kandung mereka yang lama terpisah. Mampukah mereka tinggal dengan ayah yang baharu mereka kenali?
Cuti sekolah yang panjang baru sahaja bermula. Aisyah Sofia merancang mengadakan suatu aktiviti. Dia mengajak kawan-kawannya turut serta. Ke mana mereka hendak pergi? Apa yang terjadi kepada Abu? Adakah dia ikut serta atau dia ditinggalkan?
1. Masa Itu Nyawa 2. Siapa Perlu Berkhatan 3. Kampung Pinang Sebatang, Kami Datang 4. Mari Kita Berkebun 5. Cerita Buat Sahabat
Zaman ini zaman pasca-apokalips.
Haiwan dan hutan telah lama hilang dari mata manusia. Tiada siapa tahu cerita sebenarnya kenapa harta berharga bumi lenyap begitu sahaja.
Zaman ini zaman gagasan.
Zaman di mana Amar memerintah kota, zaman di mana masa depan adalah sebuah fantasi.
Namun Kota Unggu berdiri menyimpan rahsia silam. Rahsia yang terbongkar tatkala bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Kota Unggu menyaksikan pertelagahan manusia yang menghuninya. Rahsia itu memecah segala harmoni. Tapi wujudkah harmoni atau ia sekadar artifisial yang dicipta saintis masa lampau?
Sebuah novel fantasi masa depan yang mesti dibaca.
Setiap individu memerlukan strategi, pendekatan, teknik, dan kaedah yang berbeza supaya proses pembelajaran yang dilalui mencapai tahap optimum. Guru perlu berbakat dalam merancang dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar yang pelbagai. Jesteru, pengajaran perlu dirancang, disusun, dilaksanakan, dipantau, dan diselia dengan teliti bagi menghasilkan pengajaran yang efektif.
Kompilasi siri Dear Yayah yang pertama hingga kelima yang hanya boleh didapati di rangkaian kedai buku Popular di seluruh negara.
Tentu anda ingin tahu: Sekiranya kita sering bermimpi menjadi jutawan, berhentilah! Sudah tiba masanya kita belajar formula bagi menjadikan impian itu suatu kenyataan. Kita tidak memerlukan ijazah dalam bidang perniagaan dari Harvard untuk menjadi jutawan. Kita juga tidak perlu mempunyai nasib yang baik atau mewarisi harta yang banyak untuk menjadi jutawan. Melalui keinginan yang kuat, cara berfikir seperti jutawan dan strategi menjana pendapatan yang betul, sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan. Bagaimana Saya Boleh Jadi Jutawan adalah panduan praktikal, berguna dan komprehensif formula mencipta, menguruskan, menggandakan dan membelanjakan wang kita. Buku ini wajib dibaca oleh usahawan, pengurus, profesional, eksekutif dan sesiapa sahaja yang mempunyai impian menjadi jutawan dan mencapai kebebasan kewangan.
Bisnes pasar malam memang menguntungkan. Bisnes ini dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja dan mempunyai pasaran yang menguntungkan. Buat Duit dengan Pasar Malam merangkumi: Pengenalan selok-belok bisnes. Alatan menjahit yang wajib ada. .Harga servis mengikut pakaian, dengan margin berbaloi. Tip pemilihan pekerja pembantu Teknik pemasaran dengan kos rendah dan efektif. Kisah dari orang yang berpengalaman. Buat Duit dengan Pasar Malam diharap memecahkan kebuntuan dan ruang menjalankan bisnes. Pasar malam tidak memerlukan banyak modal, tetapi menguntungkan. Terutama bagi mereka yang belum mantap ekonomi, kurang pengalaman berniaga dan ingin menjadi usahawan yang berjaya. Johar Seman bertugas sebagai guru di SMK Bersia, Grik, Perak dan berpengalaman dalam bidang penulisan buku rujukan sejak 2004. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang menjadi peniaga pasar malam yang berjaya.
<!-- @page { size: 8.5in 11in; margin: 0.79in } P -->
Adakah nikmat kehidupan yang lebih mulia dan indah daripada cinta yang direstui Allah dan Rasul-Nya? Seisi alam semesta turut bahagia menyaksikan kebahagiaan mereka. Ini baru setitik nikmat yang berasal dari satu Asma Allah yang diturunkan untuk dunia. Atas nama cinta, dengan gementar, Mustafa menempelkan bibirnya ke ubun-ubun Laila.
Sinopsis Imam Syafie
Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.
Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.
Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.
Himpunan 10 komik tempatan yang bertemakan, ‘komik itu bagus untuk semua pelajar sekolah’.
Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak 'Kolej Melayu Tinggi' yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.
Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap dirumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.
“Manusia yang berjaya adalah mereka yang mengisytiharkan perang ke atas syaitan. Senjata penting yang digunakan adalah senjata kerohanian. Saya yakin, buku Offline dengan Syaitan membicarakan tentang perkara-perkara ini. Buku ini menjelaskan kepada kita tentang siapakah musuh kita yang sebenar serta bagaimana mengalahkannya. Tahniah! Ia begitu relevan dengan kehidupan manusia terutamanya pada hari ini yang dipenuhi pelbagai cabaran." -Dr Danial Zainal Abidin- Doktor, penulis & penceramah "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya daripada lumpur." Begitulah kata-kata syaitan dengan angkuh dan sombong di hadapan Allah apabila disuruh bersujud kepada Adam. Ini menunjukkan syaitan merasakan dirinya lebih bertaraf tinggi daripada Adam kerana dia diperbuat daripada api dan Adam diperbuat daripada tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Oleh sebab Allah menjatuhkan hukuman dicampakkan ke dunia, dia berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat, dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya sampai hari Akhirat kelak. Syaitan diciptakan sebagai ujian tahap keimanan manusia kepada Allah. Siapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan, Allah membalasnya dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berjaya melawan dan menyekat kejahatan syaitan, Allah memberikannya penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan syurga. Buku di tangan anda ini membawa kita mengenali makhluk perosak terbesar di muka bumi dan bagaimana mereka merosakkan seluruh keturunan Adam di muka bumi secara halus. Dapatkan juga tip dan langkah kawalan bagi menghadapi dan menghalang bisikan dan hasutan mereka seterusnya menjalani hidup dalam keadaan aman dan menenangkan.
Prakata Kata Pengantar Bahagian 1 : Mengenali Iblis dan Syaitan Bab 1: Siapa Kami? Bab 2: Aku Jutawan! Bab 3: Ketika Remang Senja Bab 4: Allah Lebih Perkasa Bahagian 2 : Teknologi Syaitan Menyesatkan Manusia Bab 5: Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) Bab 6: Bahaya Virus P1A1 Bab 7: Bahaya Pihak Ketiga Bab 8: Sihir dan ‘Bomohisme’ Bab 9: Filem Seram dan Mesra Magis Bab 10: Zaman Gawat, Iman Tenat Bab 11: Wanita Agen Syaitan? Bab 12: Seksi yang Seksa Bab 13: Lawrence of Arabia Bab 14: Mustafa Kemal Ataturk Bab 15: Mirza Ghulam Ahmad Bab 16: Salman Rushdie Bab 17: Mengapa Makan Guna Tangan Kiri? Bab 18: Dunia Siber Bab 19: Dajal Bahagian 3 : Firewall daripada Syaitan Bab 20: Kemas Kini ‘Perisian’ Anti Syaitan Bab 21: Klik ‘Refresh’ Bab 22: Solat Di Mana-mana Bab 23: Kuruskan Nafsu, Perkasakan Akal Bab 24: Muat Turun Ayat Kursi Bab 25: Klik Zikir Delete Sihir Bab 26: Melontar Jamrah Secara Maya Bab 27: IT untuk ‘Ilm Technology Bab 28: Ouija Board Vs Istikharah Bab 29: Membina ‘Blog’ Takwa Bab 30: Dr. Yusuf Estes Bab 31: Dr. Zakir Naik Bab 32: Kemuncak Offline Bab 33: Malunya Ber-Facebook di Padang Mahsyar
Buku ini ditulis berlandaskan kepada premis yang menyatakan manusia dilahirkan melalui proses perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif, emosi, fizikal, dan rohani. Para sarjana dalam banyak kajian dan penyelidikan berpendapat, apabila proses bimbingan dan kaunseling diaplikasi dengan betul, tepat dan bijaksana, maka sebarang masalah dan rintangan dapat diselesai dengan mudah. Aspek-aspek yang dibincangkan dalam buku ini adalah konsep kaunseling, proses kaunseling, prosedur kaunseling, teknik kaunseling, etika kaunseling, dan kemahiran-kemahiran dalam kaunseling. Teori-teori hebat dalam bimbingan dan kaunseling yang turut dimuatkan adalah seperti berikut: Teori Pemusatan Klien Teori Terapi Gestalt Teori Psikoanalisis atau Psikodinamik Teori Terapi Perlakuan. Sebagai nilai tambah yang relevan, buku ini turut mengupas aspek kaunseling dalam Islam. Ia menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan sebagai rujukan.
Kata Pengantar vii
Prakata ix
BAB 1 : Pengenalaan 1
BAB 2 : Konsep Kaunseling 8
BAB 3 : Proses Kaunseling 17
BAB 4 : Aspek-aspek Kaunseling 35
BAB 5 : Prosedur Kaunseling 40
BAB 6 : Teknik Kaunseling 47
BAB 7 : Etika Kaunseling 56
BAB 8 : Kemahiran-kemahiran Kaunseling 71
Kesimpulan 97
Rujukan 99
ndeks 101
Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login bagi melihat profil teman-teman mereka dengan peningkatan pengguna sebanyak 150 ribu orang setiap hari. Facebook menerima lebih daripada 14 juta foto yang diupload setiap hari dan angka ini terus meningkat. Siapa sangka tokoh di sebalik kejayaan Facebook adalah seorang daripada mahasiswa Harvard University yang bermasalah. Hebat lagi, seperti kisah para tokoh pelopor software lain yang bermula dari garaj, Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik. Kini, Mark Zuckerberg adalah CEO yang berusia 24 tahun! Namun, kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memerah idea merancang konsep pemasaran. Kini, Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang sukses mengatasi laman web jaringan sosial yang terdahulu. Unggul dari segi aplikasi dan kemudahan penggunaannya membuatkan orang betah berlama-lama di hadapan komputer. Bagi kamu yang baru berjinak dengan Facebook, ini adalah kisah selengkapnya...
Prakata vii
Pengantar Penterjemah ix
Pendahuluan xi
Bab 1: Laman Web Kontroversi 1
Bab 2: Bermula dari Harvard 5
Bab 3: Lahirnya Idea 11
Bab 4: Perang Bermula 15
Bab 5: Penafian 19
Bab 6: Membangunnya Empayar 23
Bab 7: CEO yang Menjengkelkan 27
Bab 8: Karma 31
Bab 9: Laman Web Hebahan 35
Bab 10: Aplikasi Pihak Ketiga Facebook 51
Bab 11: Data dan Fakta Facebook 57
Bab 12: Bagaimana Menggunakan Facebook 61
Bab 13: Tip dan Trik Facebook 77
Bab Bonus: Evolusi Facebook 101
Sumber 121
Tentang Penulis 123
Himpunan 10 komik tempatan yang bertemakan, 'komik itu bagus untuk semua pelajar sekolah'.
Jihan dan Suria terbang ke Eau Claire bagi menyambung pengajiannya. Sepanjang di luar negara, pelbagai pengalaman menarik dialami oleh mereka, antaranya bermain salji, memetik buah epal dan mempunyai keluarga angkat yang berlainan agama. Bagaimana mereka berdua mengharungi hidup yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan tersayang? Ikuti travelog Jihan sepanjang di Eau Claire dalam buku terbaru Dear Yayah.