Artikel

Kedai Buku Mag Book Sokong Usaha Baca@Ramadan

oleh Roziyah pada 06 Aug 2010

Pengusaha Mag Book Station, Semenyih gembira dan menyokong penuh usaha PTS dalam menjalankan promosi Baca @Ramadan bagi memeriahkan Ramadan kali ini.

Menurut wakil Mag Book Station, Tuan Ibrahim, usaha PTS meletakkan bahan-bahan promosi Baca@Ramadan ini telah menarik minat ramai pelanggan bagi masuk ke kedai dan membeli buku-buku promosi Baca @Ramadan.

“Kita dapat lihat pelanggan suka dengan adanya promosi ini. Langkah PTS menyediakan rak khas juga memudahkan pembeli memilih buku dengan lebih mudah dan cepat. Pelanggan juga akan lebih mudah nampak buku PTS. Mereka tidak perlu lagi mencari-cari buku yang dikendaki,” kata Tuan Ibrahim.

 

 

Bagi Tuan Ibrahim usaha membekalkan bahan-bahan promosi ini mampu menarik lebih ramai pelanggan kerana banner, bunting dan segala macam bahan promosi Baca @Ramadan yang disediakan ini mampu menarik minat pelanggan agar masuk ke kedai.

Promosi Baca @Ramadan ini dapat memeriahkan lagi Ramadan yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun belum tiba Ramadan namun jualan bagi buku-buku sempena Ramadan sudah mula rancak.

Bahan promosi Baca @Ramadan disediakan bagi memberi maklumat terhadap buku promosi PTS kepada pelanggan baru dan lama.

Bahan promosi yang dibekalkan ini mendapat sambutan baik daripada semua 70 buah kedai yang terlibat dalam promosi Baca @Ramadan kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024