Usahawan Cilik: Melahirkan Usahawan Kreatif dan Strategis

oleh Helmi • 26 Jun 2010 4:30 PM

Seawal usia 12 tahun lagi, Nabi Muhammad berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Sunnah itu mendorong PTS Professional Sdn Bhd bagi menerbitkan siri usahawan Cilik, iaitu siri yang membimbing remaja supaya menceburkan diri ke dunia bisnes pada usia yang muda lagi. Siri ini menjelaskan prinsip-prinsip keusahawanan, cara-cara berniaga, informasi perniagaan dan tip-tip berniaga.

Menariknya segala butiran disampaikan melalui fiksyen iaitu melalui watak utama cerita yang masih muda remaja. Setiap judul pula akan menceritakan jenis perniagaan.

Gaya cerita bermula daripada minat, bakat mahupun kesempitan hidup yang mendorong remaja supaya mencari alternatif dengan berniaga. Perniagaan ini biasanya memerlukan modal yang murah, mampu dilaksanakan oleh remaja, boleh mendatangkan hasil dan menjana wang poket, ada nilai jualan dan mengikut peredaran zaman.

Butiran yang disampaikan itu juga tidak semestinya disampaikan dalam naratif, malah disampaikan dalam bentuk visual. Misalnya jadual belajar, jadual harian, carta, peta, peta minda, jadual diet, menu seimbang ataupun jadual latihan senaman, info mengenai kalori dan sebagainya mengikut kesesuaian tema dan jalan cerita.

Sepertimana buku-buku terbitan PTS yang lain, siri ini juga mengekalkan penggunaan bahasa Melayu tinggi dan berteraskan syariah.

Setakat ini terdapat 14 buah buku yang sudah diterbitkan di bawah siri ini. Antaranya ialah seperti Garaj Aiman, Abang adik dan Ayam, Mufin Manja, Jutawan 3R, Manik Merah Jambu dan banyak lagi. Setakat ini editor sudahpun menerima beberapa manuskrip berkenaan perniagaan aiskrim, servis baiki handphone, kasut bercorak, buku skrap, guli, cendawan, burger dan masih menanti cadangan tajuk-tajuk lain. Perancangan pada masa hadapan ialah, Siri Usahawan Cilik akan dibuat secara set berkotak dan diharapkan menjadi buku pilihan di setiap perpustakaan sekolah di Malaysia.

Artikel ini dipetik daripaga Majalah PTS Legasi

Berikan komen anda:



  1. wan anis izzati bt wan aziz
    01 Aug 2010
    6:50 PM

    saya amat menyukai semua buku usahawan cilik dan saya berazam mahu membeli semuanya serta mengumpulkannya walaupun saya baru memiliki 6 buah buku.

  2. wan nurul syafiqah
    08 Jan 2011
    7:02 PM

    saya harap lebih banyak lagi keluaran usahawan cilik kerana semua keluaran usahawan cilik yang sudah terbit sudah pun saya membelinye

Artikel terkini
Artikel popular
Berita terkini