-220x169.jpg)
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
1 Liter air
1 cawan gula
Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur ayam
Bahan C
3 sudu besar tepung kastad + 5 s/b air
2 sudu besar serbuk koko ]
2 sudu besar air ] bancuh
Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.
Resipi disediakan oleh penulis buku PTS, Chef Hanieliza.
23 Aug 2010
9:22 AM
not bad