Puasa dan Kesihatan Kulit

oleh Roziyah Mahamad • 02 Sep 2010 9:08 AM

Puasa adalah bukti wujudnya ketakwaan manusia kepada Allah. Sewaktu berpuasa, seluruh anggota tubuh kita ikut berpuasa. Namun demikian, puasa tidak menjadikan tubuh rosak tetapi meningkatkan kesihatan badan.

Kulit manusia juga adalah sebahagian daripada deria rasa. Kulit yang merasakan kesejukan, kepanasan, sentuhan, tekanan dan rasa sakit. Kulit juga berfungsi menjaga tubuh daripada setiap benda yang datang dari luar. Kulit dapat beradaptasi pada waktu cuaca berubah. Ini kerana ia mempunyai kalenjar peluh yang berperanan dalam mengawal suhu badan. Kulit juga adalah anggota badan pertama yang mendapat rangsangan.

Mengapa puasa baik bagi kesihatan kulit?

Dr. Dewi menjelaskan yang puasa secara fizikal dapat melakukan detoksifikasi iaitu mengurangkan racun di dalam tubuh kita. Perkara ini berlaku kerana racun yang berasal daripada makanan yang biasa kita makan dapat ditahan dan dikawal apabila kita berpuasa.

Apabila berpuasa, berlaku pengawalan proses ocsidative di dalam organ tubuh. Sewaktu kita makan, terjadi proses pembakaran makanan sehingga menghasilkan racun. "Puasa adalah sesi beristirehat selama satu bulan. Perkara ini berguna bagi mengendalikan ocsidative." kata Dr. Dewi.

Daripada hasil penelitian lanjut pakar ini, tubuh kita membentuk antioksida semula jadi bagi mengatasi racun. Pada masa yang sama, kulit kita juga membentuk Vitamin E yang berguna bagi kesihatan kulit. Antioksida yang dihasilkan tubuh meningkat lima kali ganda sewaktu kita berpuasa. Tidak hairan apabila segala jenis penyakit dapat disembuhkan sewaktu kita berpuasa.

Apabila antioksida bertambah, beberapa penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal dan alahan dengan kulit berbintil dan berair dapat dikurangkan.

Luka, bekas luka dan gangguan hormon juga dapat disembuhkan apabila kita berpuasa. Begitu juga dengan penyakit kulit yang disebabkan tekanan dan emosi yang tidak stabil dapat merangsang penghasilan bahan-bahan penyebab gatal di dalam badan.

Kebanyakan penyakit kulit adalah disebabkan tiga faktor. Faktor-faktor itu adalah makanan dan minuman, emosi serta pencemaran kawasan persekitaran. Penyakit kulit seperti jerawat mungkin disebabkan kalenjar-kalenjar yang bertugas mengeluarkan lemak diserang.

Selain itu menurut Doktor Dewi, kebiasaan berwuduk menjaga kebersihan dan kelembapan kulit. Sewaktu berpuasa, amalan ibadah bertambah dan kesempatan bersolat sunat juga bertambah. Dengan demikian, kita lebih kerap berwuduk.

Sewaktu berpuasa, makanan haruslah seimbang dan tidak boleh berlebihan. Menu yang dimakan juga wajar mempunyai zat dan baik bagi tubuh. Kita disarankan minum air dengan banyak lebih kurang 8 gelas. Ini dicapai dengan meminum 5 ke 6 gelas air sewaktu berbuka puasa dan 2 ke 3 gelas air ketika bersahur. Air juga dapat melembapkan dan menjaga ketegangan kulit.

Dr. Dewi turut menyarankan orang yang berpuasa supaya mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan kekacang. Semua bahan itu lambat dicerna dan baik bagi kesihatan kulit.

Berikan komen anda:



Artikel terkini
Artikel popular
Berita terkini