Menghidupkan Silaturrahim dan Persaudaraan

oleh Roziyah Mahamad • 03 Sep 2010 8:41 AM

Direkodkan ramai ahli hadis, Rasulullah berkata, "Orang yang ingin murah rezeki dan dipanjangkan umurnya, sambunglah tali persaudaraan."

Hadis ini menunjukkan kepentingan persaudaraan dalam kehidupan seharian.

Persaudaraan dengan kaum keluarga yang rapat mahupun jauh menimbulkan kemesraan batin dan keakraban jiwa.

Melalui tali persaudaraan, dendam membara yang menyelubungi jiwa musnah.

Kita disarankan membuat majlis berbuka puasa bersama kaum keluarga, jiran dan rakan sejawat di pejabat. Majlis ini dapat diadakan di rumah mahupun tempat berbayar seperti restoran dan hotel.

 

 

Artikel dipetik daripada buku Keajaiban Ramadan tulisan Jaffar Siddiq terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd.

Berikan komen anda:



Artikel terkini
Artikel popular
Berita terkini