Mengapa kita perlu melatih kemampuan mengawal diri melalui proses berlapar dan dahaga?
Di sini, kita perlu melihat kolerasinya yang perlu kita fikir dengan lebih mendalam. Secara umumnya, kolerasinya adalah seperti berikut:
- Daripada aspek fizikal, berlapar dan dahaga adalah proses yang membawa kesihatan kita mencapai keadaam seimbang, selepas sekian lama kita membebankan tubuh dengan proses penghadaman dan metabolisme yang berlebihan.
- Daripada aspek jiwa, berlapar dan dahaga melatih jiwa kita supaya mampu menerima kesusahan dan penderitaan.
- Daripada aspek sosial, berlapar dan dahaga mengingatkan kita kepada orang-orang yang kurang bernasib baik.
- Daripada aspek spiritual, berlapar dan dahaga melatih diri kita dalam usaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Artikel dipetik daripada buku Puasa, Terapi dalam Ibadah tulisan Agus Mustofa
16 Feb 2011
7:16 PM
assalamualaikum. tahniah kepada pts. buku - buku yang bagus. saya dah ada semua koleksi novel sejarah islam. memang menarik.