Kari Kepala Ikan

oleh Roziyah Mahamad • 29 Jul 2010 9:14 AM

Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
5 sudu besar serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
3 sudu besar minyak
garam

Bahan Tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai.

 

Resipi disediakan oleh Penulis buku masakan PTS, Chef Hanieliza

Berikan komen anda:



  1. fairuz sulaiman
    29 Jul 2010
    10:41 AM

    terima kasih di atas resepi tersebut. saya juga ingin berkongsi resepi. layari fairuzsulaiman.com

Artikel terkini
Artikel popular
Berita terkini