Jubah dan Abaya

oleh Roziyah Mahamad • 29 Jul 2010 9:36 AM

Dewasa ini pemakaian jubah dan abaya sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Islam di Malaysia. Jika kita lihat pada era 70an dan 80an tidak ramai masyarakat kita yang memakai jubah.

Malah yang memakai jubah ini adalah daripada golongan ustazah. Peratus masyarakat Islam yang menutup aurat juga jumlahnya sedikit pada masa itu. Pemakaian jubah pada hari ini bukan sahaja untuk golongan tertentu sahaja malah semua golongan juga sudah mencubanya dan menjadi satu fesyen yang meluas.

Jubah adalah salah satu jenis pakaian yang sangat ringkas tetapi sangat cantik dan selesa apabila kita menggayakannya. Terdapat pelbagai jenis jubah yang menarik boleh didapati di pasaran sekarang ini. Antaranya Jubah Jeans, Jubah Chifon, Jubah Mesir dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda jubah berasal daripada negara arab. Ianya sangat ringkas dan mudah untuk di gayakan. Paling penting jubah adalah fesyen yang menutup aurat.

Walaubagaimanapun anda perlulah pandai memilih jubah supaya ia tidak begitu mengikut bentuk badan anda dan jarang. Pilihlah jubah yang mempunyai "inner" di bahagian dalam.

Mereka yang inginkan gaya yang ringkas anda boleh memilih jubah sebagai busana anda. Selain itu jubah juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung.

Apakah perbezaan antara Jubah dan abaya ?

  • Abaya mempunyai belahan dari bahagian leher hinggan ke kaki. (Terbuka)
  • Anda perlu memakai baju dan seluar kemudian barulah mengenakan abaya.
  • Abaya ini boleh diumpamakan seperti kod labuh, cuma kainnya tidak setebal kod danmempunyai corak yang menarik.

Artikel dipetik daripada http://www.busana2u.com/home/blog/fesyen-a-style/25-jubah-dan-abaya.html#JOSC_TOP

Berikan komen anda:



Artikel terkini
Artikel popular
Berita terkini