Faktor Ketebalan Mempengaruhi Jualan Novel

oleh Roziyah Mahamad • 25 Aug 2010 10:36 AM

Data jualan buku-buku PTS menunjukkan novel-novel yang kurang daripada 400 halaman sangat lambat jualannya, banyak di-return semula oleh kedai-kedai buku.

Ini berlaku meskipun cerita dan gaya bahasa novel-novel itu bermutu tinggi.

Situasi ini berlaku bagi semua kategori novel, baik novel cinta, novel fantasi, novel sai-fai, mahupun novel terjemahan dari Indonesia.

Malah, novel-novel nipis gagal habis dijual dalam tempoh satu tahun.

Tempoh ini sangat jauh daripada purata turn-over buku-buku PTS yang habis terjual dalam tempoh 5.8 bulan sahaja.

Feedback yang kita terima dari peminat buku-buku PTS mendapati, pembeli tidak suka membeli novel nipis disebabkan mereka "tidak puas" membacanya.

Meskipun novel tebal lebih mahal, tetapi disebabkan daya beli peminat novel sudah semakin tinggi, mereka mampu membeli novel-novel yang berharga lebih RM20.

 

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) kelolaan Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd. 

Berikan komen anda:



Artikel terkini
Artikel popular
Berita terkini