Ayam Panggang Berempah

oleh Roziyah Mahamad • 27 Aug 2010 4:08 PM

Bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]

Bahan mesin
10 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.
3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad

COSELOW

Bahan [racik halus]
1 biji kecil kobis manis
1 batang carrot kecil

Sos [gaul rata]
1 cawan mayonis
2 sudu besar cooled water
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jus limau kasturi or lemon

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan dalam petiaias beberapa jam sebleum dihidangkan dengan ayam.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.

Berikan komen anda:



Artikel terkini
Artikel popular
Berita terkini