Sebelum ketibaan bulan Ramadan dan Syawal. Pengurusan PTS mengambil masa yang suntuk ini untuk mengadakan sesi fotografi dan video bersempena bulan Syawal.
Apabila bulan puasa bermula, seluruh warga kerja PTS mula sibuk membantu pengurusan gudang, membungkus dan menghantar buku-buku ke kedai-kedai buku seluruh negara.
Foto-foto dan video ini akan digunakan untuk E-Kad Aidiliftri PTS. Nantikan kehadiran E-Kad Hari Raya kami di alam cyber.