Staf-staf baru di PTS akan menjalani kursus induksi pada minggu hadapan. Bermula 6 Julai ini, kursus dimulakan dengan sesi pengenalan, sejarah penubuhan dan struktur organisasi PTS.
Sesi penerangan disampaikan oleh Puan Nurulhilyati Abdul Halim, Konsultan Akademi Latihan Penerbitan PTS.
Beliau juga akan menerangkan tiga nilai utama yang menjadi teras perniagaan syarikat. Selain itu, prinsip Bahasa Melayu Tinggi akan dikupas dalam kursus ini.