Pesta Buku Negeri Sembilan yang sedang berlangsung di Jusco (AEON) Seremban 2, adalah pesta buku yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan.
Pesta buku ini turut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya ialah sesi penulis bertemu peminat.
Kepada tuan dan puan yang mahu bertemu penulis pilihan. Sesi jadual penulis bersama tuan dan puan adalah seperti berikut:
Pada 6 Julai 2010. Puan Haiza Najwa (Novelis). Jam 2.30 hingga 4.30 petang
Pada 8 Julai 2010. Tuan Abdul Latip Talib (Novel Sejarah No.1 Malaysia). Jam 2.30 hingga 4.30 petang
Pada 9 Julai 2010. Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin (Penyair). Jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Pada 9 Julai 2010. Puan Nisah Haron (Novelis). Jam 2.30 hingga 4.30 petang.
Mari datang beramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Sembilan ini.
