Pesta Buku dan Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Tarikh: 29 Jul - 01 Aug • 10:00 pagi hingga 10:00 malam
Tempat: Danga City Mall, Johor Bahru Johor

Industri perbukuan negara terus rancak dengan penganjuran pesta buku di selatan tanahair. Terkini, Pesta Buku & Teknologi Pendidikan Negeri Johor anjuran bersama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia ( ITNM ), kedai buku Pustaka Azhar, Larkin Bookstore dan beberapa lagi organisasi lain yang terlibat. 

 

Bersama tema 'Buku Pencetus Inovasi' pesta buku negeri ini berlangsung di Danga City Mall, Johor Bahru, Johor bermula dari 29 Julai hingga 1 Ogos 2010, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

 

Jadi kepada para peminat buku dan pencinta bahasa, mari datang beramai-ramai ke pesta buku negeri Johor. Bawa bersama saudara-mara dan jiran-jiran dari Singapura. 

Aktiviti lain yang berkaitan