Manuskrip-manuskrip yang dihantar ke PTS dinilai dan disemak ketat dari pelbagai aspek. Editor perlu meneliti setiap jalan cerita yang hendak disampaikan, mestilah mengikut garis panduan syariah.
Selain menjadikan laras Bahasa Melayu Tinggi diguna dalam struktur ayat.
Tuan Imran Azmi, Editor Kanan di PTS Islamika Sdn. Bhd akan menyampaikan intipati dan teknik menyunting manuskrip-manuskrip karya Islamik yang bakal dihantar oleh penulis.
Para editor baru yang mengikuti kursus ini akan mendapat gambaran lebih jelas tentang suntingan karya Islamik yang bermutu lagi malar segar.