Siri Jelajah Chef Hanieliza bergerak ke pantai timur Malaysia. Kali ini, beliau mendemonstrasikan masakan dari siri buku resipinya di Popular, KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.
Tuan dan puan dari Kelantan yang mahu berjumpa Che Hanieliza dan merasa masakan beliau boleh datang ke kedai buku Popular pada jam 3.00 hingga 5.00 petang.
Mari datang beramai-ramai dan dapatkan tandatangan istimewa daripada penulis buku resipi ini sendiri.
Menu masakan beliau ialah:
1. Salad Ayam dan Makaroni
2. Ayam Gajus
3. Telur Kukus
4. Daging Kisar Goreng
Jumpa di sana!
