Hikayat 1001 Malam

Tarikh: 10 Jul - 10 Jul • 8.00 hingga 11.30 malam
Tempat: Carribean Ballroom, Bukit Gambang Resort City

Majlis Makan Malam PTS bertemakan malam Arab glamour berlangsung di dewan Carribean, Bukit Gambang Resort.

Acara malam penuh 1001 hikayat ini tambah berseri apabila seluruh warga PTS berpakaian ala Arab, bertutur ala Arab tetapi tidak berwajah Arab.

 

Pada jam 8.30 malam, majlis penuh warna warni padang pasir ini dimulakan dengan bacaan doa. 

Ucapan daripada Pengarah Urusan PTS, Tuan Arief Hakim Sani. Kemudian majlis makan malam Hikayat 1001 Malam ini dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS, Puan Ainon Mohd.

 

Selepas itu, acara makan malam yang ditunggu-tunggu bermula dan diselang selikan dengan persembahan dari kumpulan rumah sukan PTS.

Hikayat 1001 Malam melabuhkan tirai jam 11.30 malam.

 

 

"Hikayat 1001 Malam, Hikayat Penuh Makna"

Ekad jemputan

Aktiviti lain yang berkaitan